berita

‘Kata Taubat Dah Pergi Tabligh, Sekarang Siapa Datang Ganggu Aku?’ – Fara Salleh

September 18th, 2021 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Nama Shuk Sahar kembali mencuri perhatian ramai apabila Fara Salleh mendakwa pelawak tersebut masih berjumpa dengannya. Pendedahan itu dilakukan oleh Fara menerusi satu perkongsian di Instagram Story miliknya.

Artikel berkaitan: ‘Aku Buka Semua Hari Ni Sebab…’ – Wanita Didakwa Muat Naik Video Mirip Shuk Serah Segalanya Kepada Allah

Artikel berkaitan: Wanita Muat Naik Video Lelaki Mirip Suami Dekat Bilik Hotel, Ini Respon Isteri Shuk

Siapa yang ganggu aku?

Menerusi posting tersebut, Fara tidak mendedahkan wajah individu berkenaan kepada umum. Namun begitu, rata-rata netizen mendakwa individu tersebut merupakan Shuk Sahar. Ini kerana, sosok tubuh dan kapsyen yang ditulis oleh Fara itu seolah-olah ditujukan kepada Shuk.

Nampak tak siapa ganggu aku? Siapa datang hari ini? Aku semak. Kata taubat dah pergi tabligh.

Ujar Fara, dia berasa rimas kerana masih diganggu oleh individu berkenaan. Ujarnya lagi, dia tidak menyangka orang yang sedang mengikuti tabligh dan sudah bertaubat itu masih menganggu kehidupannya.

Kata dah taubat

Terdahulu, pelbagai kisah kontroversi rumah tangga yang melibatkan pelawak Shuk Sahar viral di media sosial. Bukan itu sahaja, nama Fara Salleh turut didakwa sebagai punca utama kepada masalah yang berlaku. Susulan daripada itu, Shuk cuba untuk memperbaiki diri dan mempertahankan mahligai yang dibina bersama isteri tercinta iaitu Rossa. Terbaru, Shuk dilihat sudah mula berhijrah ke arah kebaikan dengan mengikuti dakwah tabligh sama seperti rakan selebriti yang lain.

Sumber: Fara Salleh

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×