berita

‘Kau Kalau Tak Ada Bakat, Tak Payah Terhegeh-Hegeh Jadi MUA..’

April 6th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Semalam, viral satu isu di media sosial mengenai seorang pengantin perempuan yang mendakwa telah menjadi mangsa ‘tipu’ mak andam yang diupahnya. Hasil solekan mak andam tersebut betul-betul mengecewakan.

Artikel Berkaitan: Bagi Crown Reput & Veil Lusuh, Pengantin Terpaksa Make-Up Sendiri Lepas Dianiaya Mak Andam

Terbaru, seorang pengguna Facebook yang dikenali dengan nama Niv AR terpanggil untuk memberi pendapat berhubung isu ‘lambakan’ MUA.

Banyak MUA ‘bidan terjun’

Sekadar gambar hiasan

Berdasarkan perkongsian individu ini, dia meluahkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir Make Up Artist (MUA) yang bersikap sambil lewa semasa melakukan solekan terhadap pelanggan. Menurut individu ini lagi, bakat amatlah penting bagi seorang yang bergelar MUA.

Kau kalau takde bakat, tak payah terhegeh-hegeh nak jadi MUA, kau ingat benda cantik ni semua orang tahu buat ke. Sebab tu nama dia kat hujung tu Artist kau tahu, bukan artis selebriti tu, ini betul-betul terma Artist punya. Artist ni kerja dia dinilai dari hasil yang cantik, kalau hodoh orang tak panggil artist, orang panggil monyet.

Niv AR juga berpendapat bahawa zaman kini, terlalu banyak kemunculan MUA ‘bidan terjun’ yang hanya belajar tentang solekan menerusi media sosial. Bukan itu sahaja, mereka turut menganggap diri mereka sudah ‘pandai’ mekap dan terus mengambil job.

Lepas tu pakai barang mekap klon. Kedua, benda mekap berlebih² ni pada aku tak perlu pun even untuk hari bahagia kau. Nak tunjuk cantik kat siapa sebenarnya? Alih-alih dapat MUA fake rosakkan mood sanding kau.

Mekap biasa-biasa je

Sekadar gambar hiasan

Bercerita dengan lebih lanjut, individu ini memberitahu sekiranya mahu menjimatkan kos perkahwinan, khidmat MUA adalah antara senarai yang perlu diketepikan. Hal ini kerana, dia berpendapat bahawa bakal pengantin tidak perlu pun mekap tebal dan memadai jika hanya mekap simple sahaja.

So, kau memang lawa dan kau sebenarnya tak perlu nak mekap lebih², mekap up sikit je dari biasa² kau mekap pergi kerja. Tak perlu MUA pun nak mekap biasa² ni.Benda MUA cakap kau cantik kalau buat pipi gini hidung gini mata gini kening gini tu, pedo’oh belaka. Kalau kau cantik, kau cantik, kalau kau tak cantik, kau memang tak cantik.

Memang tak dapat dinafikan, sekiranya mekap di hari bahagia tidak ‘on point’, ianya secara tidak langsung akan membuatkan pengantin hilang ‘mood’. Malah mereka juga pasti malu untuk berdepan dengan para tetamu.

Sebab tu aku cakap MUA satu kanser dalam masyarakat, tak perlu pun MUA dimasukkan dalam list persiapan perkahwinan, kau minta tolong sedara kau je mekap bagi nampak berseri. MUA ni kebanyakkan sembang macam pernah mekap Erra Fazira padahal belajar mekap pun kat Live Facebook, lepas tu konfiden ambil job dan lukis cangkul atas kening orang.

Sumber: Niv AR

SKIP THIS AD ×