Kecoh ketika ini apabila seorang wanita yang dikenali sebagai Misya mendakwa anak perempuan kepada pasangan selebriti terkenal telah menjadi penyebab kehancuran rumah tangganya.
Artikel Berkaitan: Anak Pasangan Selebriti Didakwa Jadi Penyondol, Umur Baru 18 Tahun Dah Check-In Hotel?
Mengejutkan lagi apabila Misya mendakwa anak perempuan pasangan selebriti terbabit yang juga seorang pempengaruh media sosial pernah ‘check-in’ hotel bersama bekas suaminya.
Pernah bersumpah tak akan ulangi
Terbaharu, kakak kepada Misya yang dikenali sebagai Nadiah mendedahkan bekas suami adiknya itu pernah bersumpah sehingga menjunjung al-Quran mengatakan dirinya tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu.
Kata Nadiah lagi, hubungan sulit antara bekas suami adiknya dengan pempengaruh media sosial itu sudah lama terjalin. Namun terpaksa dirahsiakan demi menjaga aib keluarga masing-masing.
Tambah Nadiah, selepas hubungan itu terbongkar, wanita terbabit dan ahli keluarganya sudah tampil memohon maaf dan berjanji tidak akan mengganggu rumah tangga adiknya, namun janji hanya tinggal janji.
Selain itu, Nadiah berkata wanita berkenaan juga tidak berasa malu dan sanggup menjatuhkan air muka keluarganya apabila dia kembali menganggu rumah tangga Misya dan suami.
Dalam pada itu, Nadiah turut berkongsi rakaman video sewaktu perbincangan yang melibatkan keluarganya, keluarga pasangan selebriti terbabit dan keluarga bekas suami adiknya bagi menyelesaikan masalah tersebut.