Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri akui tidak berpuas hati dengan tindakan aktor tersebut yang berkali-kali tidak hadir ke mahkamah untuk perbicaraan kes Hadanah interim dan kekal dua anak mereka.
Artikel berkaitan: Hafidz Roshdi Bidas Kenyataan Shuhada? – ‘Maaf, Biarlah Benak Ubi Tapi Betul’
Artikel berkaitan: [VIDEO] Shuhada Kesal Hafidz Roshdi Tak Hadir, Syukur Mahkamah Luluskan Tambah Ibu Sebagai Penjaga
Tegas demi anak-anak
Memetik laporan Melodi, Shuhada juga tertanya-tanya tentang motif Hafidz memfailkan kes berkenaan namun dia gagal untuk hadir.
Saya rasa marah sangat sebab dia macam tak tahu apa benda yang berlaku. Kau nak menjawab pun, kau jawab salah jadi saya bidas.
Saya malas dah nak berlembut dengan orang yang tak nak berlembut. This is your case, you yang failkan takkan tak tahu hari sebutan kes atau bicara. Bukan nak provoke tapi nak dia tahu yang apa yang dia buat. Kau nak failkan untuk apa? Kau nak ambil apa sebenarnya?
Dalam pada itu, dia tidak ada masalah sekiranya tindakan undang-undang seperti mengeluarkan waran tangkap dikenakan terhadap bekas suaminya itu.
Mana yang dekat luar sana melalui macam saya mereka tahu betapa susahnya untuk kita nak buat proses rasmi untuk anak-anak kalau tak ada benda ni.
Kalau benda tu yang boleh gesa dia untuk percepatkan kes ini, kenapa tidak? Saya akan memperjuangkan hak anak-anak sampai ke titisan terakhir.
Saya diamanahkan oleh Allah untuk jaga anak-anak saya, Umar dan Humairah untuk beri mereka kehidupan yang terbaik saya boleh bagi, Insya-Allah.
Kalau kita tak boleh nak jadi suami isteri yang terbaik, boleh tak kita jadi ibu bapa yang terbaik buat anak-anak? Jadi tak payah nak ada ego masing-masing. Kita selesaikan untuk anak-anak.
Mengulas tentang kes dirinya dipukul, dia juga berharap agar pihak Hafidz boleh hadir ke mahkamah bagi menyelesaikan kes tersebut.
Saya harap lepas ni tak ada lagi alasan tak boleh datang bicara sebab cuti sakit, mc ke cukup lah. Semua netizen dah tahu jangan bagi orang label kita ‘datang mahkamah je sakit’. Kalau tak nak orang label macam tu, datang buktikan awak tak bersalah.
Bangga dengan gelaran ‘janda’
Sementara itu, Shuhada memberitahu dia tidak malu dengan gelaran ‘janda’ malah dia menerima takdir Tuhan dengan berlapang dada.
Saya tak malu malah saya bangga. Kalau orang kata ‘kau dah berubah sekarang’ yelah aku kan janda. Saya akan jawab macam tu.
Bagi saya Allah dah tulis takdir saya dimana umur 30 tahun, saya jadi janda tapi saya ambil ujian Allah ini sebagai satu penghormatan buat saya untuk jaga maruah diri sendiri. Janda atau tidak, kita jaga diri kita.
Kalau ada orang dekat luar sana yang pandang serong saya nak tunjukkan yang janda ni akan berjaya dunia akhirat, Insya-Allah. Doa-doakan.
Sumber: Melodi