berita

Penyanyi Lagu Kau Pergi Jua, Adam Ahmad Meninggal Dunia

May 15th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Adam Ahmad

Kau pergi jua, setelah cinta ku kini membara, belum sempat kucurahkan kasihku, kau pergi tak kembali. Begitulah bait-bait lagu yang pernah didendangkan oleh Adam Ahmad.

Hari ini, kita dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi yang cukup popular dengan lagu ‘Kau Pergi Jua’ iaitu Adam Ahmad yang menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

Menurut laporan Utusan, difahamkan Adam Ahmad meninggal dunia akibat penyakit darah tinggi, di Hospital Ampang.

adam ahmad 1

Kami difahamkan Allahyarham sudah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi selama dua minggu dan sudah lama menghidap penyakit tersebut tetapi menyembunyikannya dari pengetahuan umum.

Ketika hayatnya, Allahyarham banyak mencipta lagu-lagu hit seperti  ‘Di Hari Persandingan Mu’, ‘Di Pantai Cinta Berahi’,  ‘Janji Manismu’ dan ‘Teratai Layu Di Tasik Madu’.

Allahyarham meninggalkan seorang balu bernama Norliza Ayat serta dua anak tirinya. Apapun, takziah dari kami dan marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

Bagi yang tak kenal siapa Adam Ahmad, ini lagu yang pernah dipopularkan oleh beliau.

SKIP THIS AD ×