berita

Kau Pergi Jua, Satukan Najwa Latif & Iamneeta

October 17th, 2013 | by Ai
Video Popular

Najwa & IamNeeta

Pertengahan September lalu, penyanyi yang terkenal menerusi lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif baru sahaja muncul dengan video klip terbarunya, Kau Pergi Jua.

Untuk lagu terbaru ini, Najwa telah menampilkan sedikit kelainan, di mana penyanyi tersebut telah bekerjasama dengan kumpulan yang dianggotai oleh vokalis wanita iaitu Iamneeta.

Jika sebelum ini peminat sering melihat Najwa hanya bekerjasama dengan penyanyi lelaki seperti kumpulan Sleeq dan Syamkamarul menerusi lagu mereka Sahabat, akan tetapi tidak kali ini.

Najwa & IamNeeta

Najwa & Neeta mendendangkan lagu mereka, Kau Pergi Jua

Video klip yang mendapat sentuhan kreatif daripada Khaidir Shahri ini telah menonjolkan eleman persahabatan yang kukuh antara Najwa dan Iamneeta. Melalui jalan cerita tersebut, mereka dilihat telah bercuti di sebuah pusat peranginan yang terletak berhampiran kawasan pantai dan melalukan aktiviti riadah bersama.

Untuk makluman, Iamneeta  merupakan sebuah kumpulan yang dianggotai oleh tiga orang ahli iaitu Neeta selaku vokalis, Patrick Anohada pemain gitar utama dan Anas Zakwan sebagai pemain gitar bass.

Secara umumnya, Kau Pergi Jua merupakan lagu yang ditulis sendiri oleh Patrick Anohada dan diterbitkan oleh syarikat rakaman, NAR Records.

Bagi mereka yang masih belum menonton dan mendengar lagu terbaru daripada Najwa Latif dan Iamneet, jom layan lagu tersebut selepas ini. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×