berita

‘Kau Tu Nama Muhammad’ – Video Dapat Lebih 1 Juta Tontonan, Marah Betul Zul Yahya Kali Ini

February 4th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Pelakon yang pernah popular pada suatu ketika dahulu, Zul Yahya sudah tidak lagi bergiat dalam dunia hiburan. Dia kini lebih aktif menguruskan perniagaannya di samping menyertai usrah agama bersama beberapa alim ulama.

Oleh kerana isu seorang usahawan yang bertukar jantina sedang mengerjakan ibadah Umrah menjadi perbualan hangat, Zul Yahya tampil memberi komen dan pandangannya yang tersediri. Menerusi live di Facebooknya, dia sangat terkilan dan sangat tidak berpuas hati dengan apa yang dilakukan individu tersebut.

Jangan main langgar je

https://www.facebook.com/zul.yahya.96/videos/2986346481378363/

Golongan macam ni kalau nak pergi Umrah. Tolong ikut hukum hakam. Jangan nak main langgar je. Kepala bana dia. Aku geram betul la. Kalau nama memang lelaki, asal lelaki kenalah jadi lelaki.

Aku ada kawan Mak Nyah yang lagi popular dari kau taw. Tak pernah dia buat macam ni. Kau nak berubah, kau nak beribadah, kena ada adab dan tertib dalam agama.

Baginya, jika seseorang yang menukar jantina ingin mengerjakan umrah, ianya tidak menjadi masalah. Namun begitu, individu tersebut perlu melihat kembali asal usul dirinya. Jika dia seorang lelaki, dia seharusnya mengerjakan umrah sebagai seorang lelaki.

Tambahnya lagi, dia mempunyai ramai kawan pondan dan mereka ini telah berubah. Zul berkata, kawannya merupakan seorang yang pondan yang popular sewaktu ketika dahulu di Kuala Lumpur telah berhijrah dan kembali ke pangkuan jalan. Kawannya kini telah menetap di pondok dan madrasah serta menjadi seorang yang alim di Kota Bahru Kelantan dan disegani ramai.

Islam bukan solat 5 waktu sahaja

Sebaik-baik manusia dia ada iman dan Islam pada dirinya. Kita islam bukan setakat solat lima waktu sahaja. Nak bagitahu orang bukan Islam yang Islam itu indah, berkualiti, tertib. Dakwah orang Islam tunjuklah akhlah yang baik, contoh yang baik.

Ni kau dah malukan Malaysia. Majlis agama Malaysia tolong perbetulkan ya, kerana ni bab agama. Tolong siapa yang bertanggungjawab tolong ambil tindakan.

Di samping itu, individu tersebut sewajarnya menunjuk contoh yang baik kepada golongan bukan Islam. Sebagai seorang Islam, tanggungjawab bukan sahaja terletak pada rukun Islam, namun dari segi dakwah untuk menunjukkan kita mempunyai akhlak yang baik.

Selain itu juga, Zul berharap agar pihak berkuasa agama tempatan mengambil langkah sewajarnya agar perkara sebegini tidak lagi berulang. Beri sesi kaunseling kepada individu tersebut agar dia sedar akan kesilapan yang dilakukannya itu kerana telah mencemarkan imej agama Islam serta nama negara Malaysia.

Islam itu bersaudara

Kita orang Islam, Islam itu indah. Islam penuh dengan pengorbanan. Ini kau salah faham, kau korban sebab nafsu kau. Kita pegi Umrah nak belajar erti korban. Saya di sini sedih dengan perkara ini. Sangat rasa dihina walau bukan nama saya dihina tetapi agama saya dihina. Islam itu bersaudara, jadi saudara kena tegur saudara.

Nasihatnya kepada individu tersebut ialah agar memperbaiki diri dan memperbanyakkan korban agar memahami agama. Pergi Umrah dengan niat yang betul. Dia merasa amat sedih kerana agamanya seolah-olah dihina oleh golongan ini. Tegurannya buat individu tersebut kerana Islam itu bersaudara.

Sumber: Zul Yahya

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×