Kawan Food Berhad, jenama terkenal makanan sejuk beku di Malaysia, telah dianugerahkan Silver Award bagi Most Improved ESG Performance dalam kategori syarikat dengan modal pasaran antara RM300 juta hingga RM800 juta di The Edge Malaysia ESG 2024 Awards.
Anugerah berprestij ini mengiktiraf usaha berterusan Kawan Food dalam meningkatkan prestasi ESG (Environmental, Social, Governance) selama tiga tahun kebelakangan ini.
Produk Kawan Food yang pelbagai kini dipasarkan kepada lebih 40 negara!
Dengan misi membawa cita rasa Malaysia ke seluruh dunia, Kawan Food terus mengembangkan sayapnya dengan memastikan kualiti dan kelestarian yang memenuhi piawaian global.
Antara produk sejuk beku Kawan Food yang dikenali adalah roti canai, paratha, pastri popia dan roti!
Majlis anugerah yang diadakan di Grand Ballroom, Mandarin Oriental Kuala Lumpur, turut menyaksikan penyampaian anugerah kepada Ms Gan Ka Bien, Pengarah Pemasaran dan ESG, yang menerima penghargaan tersebut bagi pihak Kawan Food.
Dalam ucapannya, Ms Gan Ka Bien berkata, “Anugerah ini adalah untuk semua pengguna yang sentiasa menyokong dan mempercayai kami. Saya amat berterima kasih atas pengiktirafan ini yang mewakili semua warga Kawan Food serta rakan perniagaan kami yang komited kepada visi ‘Food for a Better World’.”
Kawan Food juga tersenarai dalam FTSE4Good Bursa Malaysia Index dan FTSE4Good Bursa Malaysia Shariah Index pada tahun 2023
“Pasukan kelestarian kami memainkan peranan penting dalam menyokong perniagaan, memberi keyakinan kepada pelanggan dan pelabur melalui pencapaian dalam ESG serta menyumbang kepada kemajuan matlamat Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG). Kami berharap usaha kami dapat memberi inspirasi kepada industri lain untuk turut serta dalam memacu kelestarian.” tambah Gan Ka Bien lagi.
Kawan Food terus komited dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan pekerjanya, menggalakkan amalan perniagaan yang mesra alam, serta mengatasi risiko kelestarian dengan penuh tanggungjawab.