Setiap hari ada sahaja bukti yang berkait rapat dengan kematian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida yang ditemui terapung dipercayai lemas di Sungai Chao Phraya. Media Thailand melaporkan seramai 71 orang telah memberi keterangan bagi membantu siasatan.
Artikel Berkaitan: Ibu Tangmo Nida Minta Bedah Siasat Dilakukan Semula, Pengurus Dedah Bukti Video Rakaman Suara Bergelut Atas Bot
Artikel Berkaitan: Enggan Ditemu Bual Media & Tak Kisah Bab Duit, Teman Lelaki Tangmo Nida Minta Izin Ibu Nak Ambil Barang Kenangan – ‘Bird Ambil Bantal, Patung & Kucing’
Artikel Berkaitan: Patuh Cakap Ibu, Abang Tangmo Tarik Diri Dari Cari Kebenaran Untuk Keadilan
Tangmo tak layan nafsu lelaki
Terbaru, rakan rapat Tangmo iaitu Nida, Anna dan Poodle Yuppadee hadir ke pejabat Wilayah Polis Wilayah 1 di Bangkok untuk memberikan kenyataan mereka kepada penyiasat.
Ketika ditemui media, Nida dan Anna menegaskan bahawa Tangmo tidak pernah mengambil dadah terlarang dan tidak pernah menerima bayaran untuk ‘melayan’ nafsu lelaki. Kata Anna, jika Tangmo menerima tawaran sedemikian, dia tidak akan mempunyai hutang.
Ditanya sama ada Tangmo telah ‘dipancing’ ke atas bot untuk dijadikan mangsa untuk menghiburkan seseorang, Anna menjawab;
Orang lain boleh memberikan jawapan itu kerana dia berurusan dengan Tangmo. Tangmo mempercayai orang itu dan tidak pernah bertanya butiran lain apa yang perlu dia lakukan.
Anna tidak menyebut nama individu itu, tetapi difahamkan dia merujuk kepada pengurus Tangmo, Idarin Jathusaksawat (Gatick).
Selain itu, Anna turut mencadangkan netizen untuk menyemak mengapa beberapa foto pada akaun Instagram Tangmo telah dipadam dan apakah komen di bawah foto tersebut.
Dalam pada itu, Anna menepis ada berlaku pertelingkahan antara dia dan ibu Tangmo, Panida Siriyudthayothin, kerana dia masih menghormati wanita itu.
Kes dijangka tutup Jumaat ini
Timbalan Ketua Wilayah Polis Wilayah 1, Pol Mej Jen Udom Yomcharoen berkata Ketua Polis Negara, Pol Jen Suwat Jangyosuk akan bertemu dengan penyiasat polis, pegawai forensik dan lain-lain untuk taklimat mengenai perkembangan kes itu.
Ia dijangka menjadi pertemuan terakhir. Ketua polis negara akan memberi garis panduan untuk menyelesaikan kes itu selepas penyiasat menyelesaikan semua keraguan. Penyiasat telah mengambil keterangan daripada 71 orang.
Sumber polis berkata penyiasat akan membuat kesimpulan bahawa Encik Tanupat dan Encik Phaiboon telah bertindak melulu sehinggakan menjadi penyebab kematian aktres itu. Siasatan itu dijangka selesai pada hari Jumaat.
Pol Jen Suwat sebelum ini berkata kematian aktres itu diklarifikasikan satu kemalangan berdasarkan daripada bukti.
Job bawa balik botol wain
Media Thailand melaporkan bahawa penyiasat polis mungkin mempertimbangkan untuk memfailkan pertuduhan terhadap salah seorang penumpang bot, Nitas Kiratisoothisathorn (Job) kerana didakwa membawa pulang sebotol wain dan membuang gelas wain ke dalam Sungai Chao Phraya pada malam tragedi itu.
Ada kemungkinan tindakannya akan dilihat sebagai membantu atau menyokong orang lain untuk menyembunyikan kesalahan. Wisapat Manomairat (San) mungkin menghadapi tuduhan seperti pemilik bot dan pemandu bot.
Ketika disoal siasat, mereka berlima nampaknya cuba menutup beberapa aspek. Penyiasat mungkin mendakwa mereka kerana memberi kenyataan palsu.
Terdahulu, Tangmo, 37, bersama lima orang lain menaiki bot laju di Sungai Chao Phraya dari Jambatan Krung Thon di Bangkok ke Jambatan Rama VII di Nonthaburi. Dia terjatuh ke dalam sungai berhampiran jeti Pibul 1 di daerah Muang di wilayah Nonthaburi sekitar 10.40 malam pada 24 Februari lalu.
Sumber: Bangkok Post