berita

‘Kaya Sekejap Je!’ – Polis Tahan Nelayan Anjur Parti Dadah Lepas Jumpa Mutiara RM1.3 Juta

February 10th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Seorang nelayan di Thailand yang dikenali sebagai Hatchai Niyomdecha telah menemui mutiara oren Melo bernilai sekitar 250,000 pound bersamaan RM1.39 juta. Memetik laporan Dailymail, mutiara jenis oren Melo tersebut ditemuinya di Nakhon Si Thammarat dan dia ditahan polis tempatan selepas menganjurkan parti dadah bagi meraikan ‘kekayaannya’ itu.

Oren Melo paling mahal

Hatchai Niyomdecha sebelum ini mengajak rakan-rakannya ke rumah selepas ditawarkan sejumlah wang bagi mutiara yang jarang ditemui itu. Harga jenis mutiara oren Melo itu dikatakan paling mahal di dunia. Dia menemui mutiara tersebut ketika mengutip cangkerang bersama keluarganya di sebuah pantai berhampiran rumahnya.

Anjur parti dadah

Dia dan beberapa orang rakan yang menghadiri parti dadah itu ditahan pihak berkuasa dan menemui beribu-ribu pil methamphetamine di rumah nelayan itu ketika melakukan serbuan selepas menerima aduan daripada jiran mengenai bunyi bising.

Polis merampas dua kotak yang mengandungi bahan tidak diketahui dan sebuah kotak mengandungi kira-kira 16,000 pil methamphetamine ketika melakukan serbuan. Hatchai menafikan kotak itu miliknya namun polis menemui cap jari nelayan itu pada kotak berkenaan selepas menjalankan ujian forensik terhadap bungkusan terbabit.

Sumber: Dailymail

SKIP THIS AD ×