berita

‘Lebam Di Badan Dan Muka Kelihatan Surut, Tapi…’ – Tunang Muhammad Adib

November 27th, 2018 | by faris
Kini Trending

Siang tadi, tunang kepada Muhammad Adib Mohd Kassim yang menjadi mangsa serangan rusuhan kuil Sri Maha Mariamman meluahkan rasa berduka dengan keadaan tunangnya yang masih tidak sedarkan diri.

Artikel berkaitan: ‘Kamu Kuat, Cepat Bangun Muhammad Adib’ – Tunang Anggota Bomba Kritikal

Nurul Najihah kemudiannya memaklumkan pihak media keadaan terkini Muhammad Adib dalam satu kenyataan.

Masih terkejut

Menurut Nurul Najihah kepada Berita Harian, dia masih lagi terkejut dengan kejadian menimpa tunangnya itu. Tambahnya lagi, sebelum Adib bekerja mereka akan berjumpa dan mereka sempat makan bersama petang semalam.

Sukar untuk saya luahkan perasaan saya buat masa ini, saya masih terkejut. Selalunya sebelum Adib masuk bertugas, kami akan berjumpa terlebih dahulu, petang semalam kami makan bersama.

Dia mendapat tahu mengenai kejadian itu menerusi mesej viral dan menerima panggilan namun tidak mengangkatnya kerana sedang tidur.

Saya dimaklumkan pasal kejadian yang menimpa Adib menerusi mesej yang tular, saya ada menerima panggilan sebelum itu tetapi saya tidak jawab kerana saya sudah tidur.

Saya kemudian menghubungi rakan sepasukannya untuk mengesahkan perkara itu yang kemudian memaklumkan Adib sudah berada di hospital.

Hentikan berita tidak benar

Wanita yang juga seorang eksekutif jualan itu berkata, pihaknya terkesan dengan tindakan sesetengah pihak yang menyebarkan berita palsu mengenai keadaan tunangnya. Ujarnya lagi, muka dan lebam kelihatan surut namun tekanan darahnya masih rendah.

Kalau boleh, teruskan berdoa untuk keselamatan Adib, keadaan terkininya lebam di badan dan muka nampak macam surut sedikit jika dibandingkan pagi tadi. Bagaimanapun tekanan darahnya masih rendah.

Hentikan penularan berita yang tidak benar, ia memberi kesan kepada ahli keluarga.

Difahamkan, pasangan itu akan disatukan pada 21 Disember ini.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×