Keberanian seorang lelaki menarik perhatian ramai selepas sanggup menyelam ke dalam lubang kumbahan demi menyelamatkan murid Tahun Tiga, Abdul Fattah Khairol Rizal, yang terjatuh dalam kejadian tragik pada Sabtu lalu.

‘Macam malaikat bantu saya’

@ybasna79

HERO TAK DIDENDANG, (ACAD) fatah anaksyurga ustazkhairul fatah

♬ Sad song by piano and violin(886018) – NOVA

Berkongsi pengalaman itu, Muhammad Arsyad Jahaya, 35, berkata dia menerima laporan daripada guru untuk membantu dalam misi pencarian murid yang hilang sebelum menyelam ke dalam lubang kumbahan tersebut.

Apa yang saya nampak, saya cuba untuk menyelam dan apa yang saya jumpai adalah adik Fatahlah di bawah sana. 

Arsyad mengakui tugasan itu bukanlah satu perkara yang mudah kerana keadaan sekitar gelap dan ruang sempit.

Bagaimanapun, dia merasakan sesuatu yang luar biasa ketika berada di dalam lubang itu dan seolah-olah ada cahaya membimbingnya, memberikan keyakinan untuk meneruskan misi menyelamat.

Apa yang saya boleh rasa dekat bawah tu waktu tu dalam keadaan gelap tapi saya rasa terang. Dia sangat ringan untuk diangkat dan saya rasa macam malaikat bantu saya. 

Saya baru mengalami kemalangan bulan lepas, tapi Allah nak bantu saya waktu tu, saya tak rasa sakit dan saya yakin untuk turun untuk bantu dalam misi menyelamat ni.

Saya juga salah seorang parent, saya juga salah seorang ayah, mengambil risiko tu untuk mencari. 

Dalam pada itu, dia juga berharap agar orang ramai mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Sumber: TikTok