Abdullah Amir Rudddin iaitu satu-satunya mangsa yang terselamat dalam nahas kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan pada 1 September lalu, kini dilihat beransur pulih.
Artikel Berkaitan: Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abdur Rahman Terima al-Quran Arwah Adik, Tertunduk Menangis Baca Coretan Arwah Ibu – ‘Jadi Anak Yang Solehah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Orang Malaysia Memang Prihatin. Terima Kasih, Sayang Korang’ – Abdur Rahman
Kesihatan semakin baik
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, anak sulung kepada mangsa nahas kemalangan tersebut iaitu Abdur Rahman berkongsi perkembangan kesihatan adiknya.
Remaja berusia 15 tahun itu kelihatan sudah mampu untuk bercakap dan turut berceloteh bersama abangnya.
Semalam semasa temu janji dengan doktor tekak, doktor kata awak dah boleh makan piza dah nanti. Bukan main suka, lepas itu naik sahaja ambulan, terus dia cakap ‘Abdullah dah boleh makan, nak KFC’.
Kebetulan hari ini abang keluar, sempatlah belikan KFC. Suka betul dia, makanlah puas-puas sampai gemuk.
Terdahulu, Abdullah telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat kerana mengalami kecederaan kritikal akibat kemalangan tersebut.
Ibu bapa serta empat lagi adik beradik mereka disahkan meninggal dunia dalam kemalangan berkenaan ketika dalam perjalanan untuk menghantar ibu mereka di Segamat.
Mangsa yang terlibat ialah Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhamad, 43, bersama empat lagi anaknya, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.
Difahamkan, ibu mereka merupakan guru Sekolah Agama Semedak manakala bapa adalah seorang imam di Masjid Ladang Tereh Utara, Kluang.
Jenazah enam beranak itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ubuddiah, Parit Limbong.
Sumber: TikTok Abdur Rahman