berita

Keajaiban Berlaku Saat Akhir, Kejayaan Harimau Malaya Ke Final Undang Sebak Netizen

December 6th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Skuad Harimau Malaya berjaya menumpaskan pasukan Gajah Perang sekali gus melayakkan pasukan negara ke peringkat akhir Piala AFF Suzuki edisi 2018. Sejurus selepas kemenangan di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok suasana berubah menjadi hiba dan penuh emosi.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Harimau Malaya Mengaum Kuat Jinakkan Gajah Putih. Malaysia Ke Final Piala AFF Suzuki 2018

Adengan air mata oleh pemain skuad negara dirakam dan membuatkan ramai rakyat Malaysia sebak melihat rakaman tersebut.

Jangan pernah lupa bersyukur

Bacaan doa yang diketuai Adam Nor Adlin menyaksikan semua pemain skuad negara menadah tangan sambil menitiskan air mata. Harimau Malaya berjaya menyekat kemaraan pasukan Thailand ke final. Amat sukar untuk menundukkan musuh tradisi dan akhirnya, mereka berjaya ke final dengan mengikat jaringan gol 2-2 di tempat lawan.

Diraikan oleh penyokong

Tak putus memberi sokongan

Terharu dengan kemenangan kalian

Keajaiban berlaku saat akhir

Sumber: Bernama, Malaysiasoccer