Semalam, pelakon Puteri Sarah Liyana nekad meminta cerai daripada pengarah sensasi, Syamsul Yusof menerusi satu hantaran di Instagram (IG).
Artikel Berkaitan: ‘Tanggungjawab Suami Bukan Semata Bagi Duit’ – Kecewa Dengan Syamsul, Air Mata Yusof Haslam Gugur
Artikel Berkaitan: ‘Saya Minta Mohd Syamsul Lepaskan Kerana Tidak Rela Dimadu’ – Puteri Sarah Liyana
Artikel Berkaitan: ‘Malunya Syaikhul & Sumayyah Dapat Ayah Macam Ini’ – Puteri Sarah Liyana
Langsung tidak dihargai!
Susulan kenyataan tersebut, ibu Syamsul iaitu Datin Fatimah Ismail terpanggil sekali lagi untuk meninggalkan komen.
Menyokong dengan tindakan menantu kesayangannya itu, Fatimah menegaskan Puteri Sarah berhak untuk mengecapi kebahagiaan sebagai isteri dan ibu.
Puteri Sarah berhak untuk bahagia sebagai isteri dan ibu yang melahirkan Syaikhul dan Sumayyah, pengorbanannya langsung tidak dihargai segala pengorbanan!
Adilkah?
Selain itu, Fatimah menyatakan selama ini pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berseorangan tanpa suami menguruskan dua anak yang masih kecil.
Pada Jumaat petang minggu lalu, Syamsul akhirnya bersuara mengenai konflik rumah tangganya apabila mengesahkan berkahwin dua dengan Ira Kazar di Thailand, hari ini.
Terdahulu, Syamsul dan Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Summayyah, 4.
Sumber: Instagram @puterisarahliyana