Pelakon Isa Khan menyifatkan Hari Raya Aidilfitri sebagai hari kemenangan buat seluruh umat Islam serta detik untuk kembali kepada fitrah agama yang suci.

Artikel Berkaitan: ‘Boleh Tak Berhenti Masuk Campur Hal Orang, Baik Kau Tengok Balik Solat Dah Cukup Ke Belum’ – Isa Khan

Artikel Berkaitan: Hantaran Isa Khan Undang Perdebatan, Netizen Titip Pesanan Bimbing Isteri Jaga Aurat

Baju raya tidak sopan

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, Isa Khan, 33, meluahkan pandangan bahawa sejak kebelakangan ini semakin banyak busana raya bagi wanita di Malaysia yang dilihat tidak lagi mencerminkan nilai kesopanan serta adab yang sepatutnya diangkat dan diraikan pada Hari Raya Aidilfitri.

Hari Raya Aidilfitri adalah hari kemenangan umat Islam dan kembalinya kita kepada fitrah agama yang suci.

Tapi kebanyakan baju raya perempuan di Malaysia ini, semua tidak senonoh.

Suami kepada pelakon Risteena itu turut mempersoalkan sejauh mana rasa malu serta penghormatan terhadap hari yang bersejarah dalam Islam masih terus dipelihara.

Dah tak ada rasa malu dan hormat ke pada hari yang bersejarah untuk umat Islam ini?

Sumber: Threads Isa Khan