Fenomena ‘Harmful Algae Bloom‘ (HAB) atau dikenali sebagai alga beracun merupakan toksik yang terhasil daripada tumbuhan bawah laut. Toksik tersebut akan merebak ke hidupan laut seperti ikan, kerang, mamalia dan burung. Fenomena yang jarang berlaku ini akan menyebabkan manusia yang memakan makanan laut menjadi lemah dan kemungkinan membawa maut.
Dikhuatiri dicemari alga
Terbaru, memetik laporan BH Online, Pengarah Perikanan Perlis iaitu Ismail Ibrahim meminta para nelayan lebih berhati-hati dengan femonema alga beracun ini. Fenomena ini sudah mula kelihatan di perairan wilayah utara Semenanjung. Malah, fenomenan tersebut dikhuatiri beracun dan memberi kesan kepada manusia.
Namun kita nasihatkan kepada nelayan atau pemancing yang membuat sebarang aktiviti di laut untuk terus menghubungi Jabatan Perikanan sekiranya nampak air laut bertukar menjadi warna merah. Jika perkara itu berlaku, bererti fenomena itu sedang melanda di perairan negeri ini.
Pada masa yang sama, jika fenomena itu mula melanda orang awam diminta tidak makan hidupan laut yang bercengkerang seperti kerang, siput kepah serta ikan-ikan kerana dikhuatiri dicemari alga berbahaya.
Kelumpuhan otot dada dan perut
Bagaimanapun, fenomena ini kerap berlaku di pantai seluruh dunia di setiap tahun. Tambah Pengarah Perikanan Perlis lagi, dia menasihati agar orang ramai membuang organ dalaman dan mencuci hidupan tersebut dengan bersih untuk mengelakkan keracunan makanan.
Kita khuatir dengan memakan kerang-kerangan yang dicemari alga beracun boleh menyebabkan mangsa berasa kebas di mulut dan mual hingga membawa kepada kelumpuhan otot dada dan perut. Sekiranya tidak dirawat dengan segera, mangsa juga boleh maut.
Sumber: BH Online, National Oceanic and Atmospheric Administration