Didakwa melakukan ugutan bunuh terhadap bapa tiri, anak kepada pengusaha kosmetik Dnars tidak mengaku bersalah dan minta untuk dibicarakan. Meluahkan sokongan kepada abang, Irdiena Hakim menerusi perkongsian di Instagram berkata abang adalah segala-gala baginya.
Seorang abang yang bertanggungjawab
View this post on Instagram
ABANG IALAH SEGALANYA, DIA SEORANG ABANG SEORANG AYAH DAN SEORANG IBU DI HIDUPKU
Abang dari kecil hingga dewasa dia diberi pelbagai jenis ujian hidup dan dia jugalah saksi setiap kesusahan hidup bonda. Abang ialah seorang abang yang bertanggungjawab terhadap adiknya, dia juga seorang anak yg sangat TAAT. Dia seorang yang sentiasa berfikiran rasional dan nasihatnya sentiasa membuat aku menjadi insan yang lebih baik. Selepas bonda tiada almost 90% tanggungjawab yang harus dia jalankan serta pelbagai jenis ujian hidup yang harus dia lalui demi kebahagiaan adik-adiknya.
Katanya, selepas pemergian bonda tercinta setahun yang lalu, abangnya, Iqbar Hakim banyak mengambil alih tanggungjawab ibu. Abangnya juga terpaksa menjalani pelbagai dugaan demi untuk memastikan kebahagiaan mereka adik beradik.
Aku yakin kau mampu abang
View this post on Instagram
Dan sekarang dia juga ditimpa masalah yang sangat besar tapi aku kagum, kerana disaat aku menelefon suaranya sentiasa gembira dan sangat tenang malah masih dengan lagaknya yang melawak (walaupun air matanya mungkin sentiasa mencurah keluar dibelakang aku adiknya). Abang aku percaya engkau akan menjadi seorang yang lebih berjaya dari sekarang suatu hari nanti. Terima kasih atas segala kesakitan yang kau tahan demi memberikan kebahagiaan kepada keluarga dan demi menegakkan KEADILAN serta demi MEMPERTAHANKAN LEGASI YG TELAH DITINGGALKAN. Aku yakin kau mampu abang kerana Tuhan takkan uji seseorang itu lebih daripada kemampuannya!
Terima kasih kepada semua yang sentiasa support kami. Kebenaran pasti datang, keadilan pasti menjelma. Semoga Tuhan permudahkan segalanya Ameen.
Dia turut berterima kasih kepada abang di atas segala perit untuk keadilan dan mempertahankan legasi yang ditinggalkan arwah ibu.
Sumber : Dnarfaziani