Ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diisytihar kerajaan, ramai rakyat Malaysia yang terperangkap dan terkandas di kampung. Kerajaan tidak membenarkan sebarang perjalanan lintas negeri jika tiada urusan penting.
Kini, menerusi satu sidang media, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membenarkan sesiapa yang ingin meneruskan perjalanan luar negeri membuat laporan diri menerusi satu aplikasi.
Aplikasi GerakMalaysia
Disebabkan itu, mereka yang berkeinginan untuk pulang ke rumah masing-masing perlu melapor diri kepada polis menerusi aplikasi dalam talian dinamakan GerakMalaysia yang dibangunkan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bermula 25 April ini
Menurutnya, orang ramai yang terkandas di kampung halaman perlu melapor diri sebelum membuat perjalanan merentas negeri ke rumah masing-masing. Orang ramai boleh membuat laporan menerusi aplikasi GerakMalaysia atau terus ke balai polis berhampiran bermula 25 April ini.
Elak orang ramai serbu balai
Ini bagi memastikan proses pendaftaran berjalan dengan lancar dan mengelak orang ramai menyerbu balai polis secara beramai-ramai.
Bagaimanapun keputusan muktamad hanya akan dikeluarkan selepas 1 Mei selepas mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Pelancaran aplikasi ini bagi mengelakkan orang ramai menyerbu balai polis berhampiran. Walau bagaimanapun, keputusan kebenaran merentas negeri hanya boleh dikeluarkan selepas 1 Mei apabila mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Sumber: Harian Metro