berita

‘Kebocoran Pada Organ Perut’ – Kes Kematian Kanak-Kanak Lemas Dalam Besen Rumah Pengasuh Tiada Unsur Jenayah

March 5th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, media melaporkan mengenai kes kematian seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang maut dipercayai lemas ketika mandi di dalam sebuah besen di rumah pengasuh di Batu Maung, Pulau Pinang.

Artikel berkaitan: ‘Nanti Kita Jumpa Lagi Di Pintu Syurga’ – Kanak-Kanak 2 Tahun Ditemui Lemas Dalam Besen Rumah Pengasuh

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, kes kematian Sophia Fateha Wan Farhan Danial itu tidak mempunyai sebarang unsur jenayah.

Kebocoran pada organ perut

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan, keputusan tersebut diperoleh selepas hasil bedah siasat ke atas kanak-kanak berkenaan telah dilakukan di Hospital Pulau Pinang (HPP). Tambah beliau, hasil bedah siasat itu juga mendapati berlaku kebocoran pada organ perut yang menyebabkan pendarahan dan pembekuan sistem darah.

Kecederaan itu kemungkinan berdasarkan usaha pengasuh ketika memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) bagi menyelamatkan mangsa selepas terlangkup dalam besen berisi air. Tiada unsur jenayah atau kecederaan mencurigakan dikesan pada mangsa.

Pada hari Selasa yang lalu, Sophia ditemui dalam keadaan terlangkup dalam besen berisi air selepas ditinggalkan sementara di dalam bilik air di rumah pengasuhnya. Pada waktu kejadian juga, pengasuh wanita berkenaan mahu mengambil tuala.

Mangsa masih sedarkan diri

Sekadar gambar hiasan

Ketika ditemui dalam keadaan terlangkup pada masa tersebut, mangsa dipercayai masih sedarkan diri, namun beransur lemah setengah jam kemudian sebelum dihantar menaiki ambulans ke HPP. Selepas beberapa jam dalam keadaan kritikal, kanak-kanak terbabit disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya.

Jenazah Sophia selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Matang, Permatang Damar Laut, semalam. Manakala, pengasuh wanita tersebut telah direman selama empat hari bermula semalam sehingga 7 Mac bagi membantu siasatan kes.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×