berita

‘Nanti Kita Jumpa Lagi Di Pintu Syurga’ – Kanak-Kanak 2 Tahun Ditemui Lemas Dalam Besen Rumah Pengasuh

March 3rd, 2021 | by Amat
Kini Trending

Di Batu Maung, Pulau Pinang dilaporkan seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut dipercayai lemas ketika mandi di dalam sebuah besen di rumah pengasuh. Memetik laporan BH Online, mangsa Sophia Fatehah Wan Farhan Danial dihantar ke rumah pengasuh oleh ibu bapa sebelum mereka pergi kerja di sebuah kilang di Bayan Lepas.

Maut lemas dalam besen

Bapa mangsa yang dikenali sebagai Wan Farhan Danial turut berkongsikan berita duka itu di laman Facebook dengan memaklumkan mengenai pemergian anaknya yang baru berusia dua tahun itu.

Sementara itu, nenek mangsa terkejut apabila menerima berita mengenai cucunya daripada Wan Farhan.

Saya bergegas dari Taiping ke sini selepas anak lelaki saya memaklumkan kejadian itu. Jenazah cucu saya dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat. Sebenarnya, cucu saya sudah lama dijaga pengasuh terbabit dan berita ini sangat mengejutkan kami sekeluarga.

Sumber: Wan Farhan Danial, BH Online

SKIP THIS AD ×