Setiap wanita semestinya tidak lari untuk mengenakan alat solekan pada wajah bagi menampilkan wajah yang cantik dan menarik sepanjang masa. Namun begitu, produk kecantikan terbaru dari Dermalogica iaitu Dermalogica’s Get Naked mampu menyerlahkan kecantikan asli wanita tanpa mengenakan sebarang solekan dan secara tidak langsung ia menjimatkan masa untuk wanita bersiap dengan lebih cepat.
Dermalogica menampilkan beberapa produk penjagaan kulit seperti pencuci muka, pelembap, foundation dan juga produk rawatan mata, dimana kesemuanya mempunyai fungsi dan cara penggunaannya yang tersendiri. Anda juga boleh layari laman web di www.dermalogica.com.my untuk mendapatkan kenyataan lanjut berkaitan produk Dermalogica ini.
Selain itu, bermula pada 1 Julai yang lalu, sebuah trak bergerak Dermalogica’s Skin Bar telah diwujudkan bagi menjelajah ke seluruh negara untuk memberikan sesi analisis kulit wajah percuma kepada individu yang memahami keperluan unik kulit masing-masing. Analisis dimulakan dengan membahagikan bahagian muka kepada 14 zon kulit supaya mudah untuk mengenalpasti bahagian kulit yang perlu dirawat, dan seterusnya pakar kulit professional akan menyarankan penyelesaian yang sesuai dengan memberikan nasihat secara persendirian.
Bagi individu yang ingin mengetahui dan ingin merasai sendiri kaedah sesi analisis kulit wajah secara percuma, anda boleh layari www.facebook.com/dermalogica.malaysia untuk jadual lawatan naked Wheels ke kawasan berhampiran anda.
Sumber : Murai.com, Dermalogica.com.my