berita

Kecek Kelate & Loghat Siam, Video Bebel PKP Catriona Ross Buat Netizen Geli Hati

April 4th, 2020 | by faris
Video Popular

Bergelar selebriti dengan pengikut laman sosial yang tinggi, pelakon Sephia, Catriona Ross mempunyai cara tersendiri memberi kesedaran masyarakat mengenai Covid-19. Wanita kacukan Melayu-Scotland ini banyak memberi nasihat kepada netizen dengan siri video membebel dalam loghat Kelantan dan kadang kala Siam sehingga mencuit hati follower!

Video pertama 30 Mac lalu

Video membebel Catriona atau menggelar wataknya ‘Kak Kek Dari Patani’ menceritakan pengalamannya berada di rumah bersama keluarga untuk perintah kawalan pergerakan. Apa yang menjadi masalah untuknya adalah si anak mula kerap meminta makan sehingga dia tidak menang tangan melayan.

Turut sediakan terjemahan untuk semua

View this post on Instagram

Banyok lagi yang dok tubek walau pong polih dan askar doh buat roadblock! Jangey degil. #KakKek ni orey tok talipon ko #KakKek 14 hari doh pun, kito tok tubek (keluar) rumoh. Kito duduk rumoh diam-diam! . . TERJEMAHAN PENDEK : Apesal ada lagi ni yang degil tak dengar cakap lagi ni ah?Keluar naik motor lah,naik kereta lah!Tak faham-faham lagi walau pun polis ada,askar pun ada! Dengar la nasihat,kita tak boleh keluar sebab kalau keluar, kita sakit! Bagitau lah dekat Cik Abang tuuu !! Tengok KakKek ni dah 14hari dia tak telefon,tak pulak buat hal nak nangis ke, nak keluar cari ke apa!!! Dah orang dah tanak kita! Kena terima lah! (menyanyi) #KakKek #KakKekBagiNasihat #HariNiKakKekNyanying #KakKekDariPatani

A post shared by Cat Ross (@catrionabrianross) on

Walaupun memberi nasihat dalam loghat Kelantan, Catriona turut menyediakan terjemahan dalam bahasa standard bagi memudahkan pemahaman pengikutnya yang bukan dari Kelantan.

So many naughty people here

Kak Kek dari Patani marah orang abai penjarakan sosial

Tokleh oyak kokre debar

If you spray your burger, you finish!

View this post on Instagram

You dont know who has Corona, you becareful . #KakKek

A post shared by Cat Ross (@catrionabrianross) on

Sumber: Catriona Ross

The following two tabs change content below.