berita

Kecewa Elizabeth Tan Dah Kahwin, Peminat Pakat ‘Unfollow’ Di IG

March 24th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Beberapa hari yang lalu, viral foto dan video yang memaparkan majlis perkahwinan penyanyi, Elizabeth Tan bersama seorang lelaki. Menurut Elizabeth, dia mengakui sudah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan.

Artikel berkaitan: ‘Ya, Saya Sudah Berkahwin’ – Elizabeth Tan

Namun begitu, pelantun suara ‘knock knock’ memberitahu kepada umum bahawa dia masih sama seperti dahulu meskipun statusnya sudah berubah sekarang. Sempoi!

Lizzy tetap sama

Kahwin ke tak, Lizzy tetap sama sahaja.

Di Instagram, Elizabeth Tan telah memuat naik satu rakaman video yang menunjukkan aksinya ketika sedang bermain ‘skateboard’ secara duduk. Meskipun penyanyi tersebut kelihatan agak comel dan terhibur, para peminatnya terutama golongan lelaki berpendapat situasi berkenaan tidak lagi sama kerana dia sudah bergelar isteri orang. Malah, mereka berharap Lizzy dapat berhenti mempermainkan perasaan mereka.

Tak sama dah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtan)

Lizzy memang la sama tapi keadaan menjadikan ia tak sama lagi.

Bagi kami awak dah lain, awak dah kecewa kan kami.

Dah kahwinkan,  jangan mainkan perasaan kami yang masih berharap ni.

Bye Lizzy, kami unfollow dulu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memberitahu bahawa keadaan sekarang sudah tidak sama lagi meskipun Lizzy merupakan individu yang sama, Bahkan, segelintir peminat turut ‘unfollow’ Lizzy gara-gara kecewa apabila mengetahui wanita tersebut sudah berkahwin.

Sumber: Elizabeth Tan

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×