berita

Kecewa Kenyataan KPN Bercanggah, Keluarga Arwah Adib Mahu Saman PDRM

July 17th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Walaupun sudah hampir dua tahun Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim telah meninggal dunia, keluarga anggota bomba itu masih belum mendapat pembelaan yang sewajarnya sehingga hari ini. Malah, bapa arwah pernah meminta agar pelaku yang membunuh anaknya ditangkap segera.

Artikel Berkaitan : Mahkamah Putuskan Kematian Muhammad Adib Akibat Serangan Lebih Dua Individu

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, keluarga Allahyarham Adib akan mengambil tindakan sivil untuk menuntut ganti rugi atas kegagalan dan kecuaian pihak polis sehingga menyebabkan kematian anggota bomba itu.

Saya kecewa dengan kenyataan KPN

Menurut bapa Allahyarham Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, kematian anaknya yang belum terbela menyebabkan mereka sekeluarga masih bersedih walaupun reda dengan pemergiannya itu.

Saya kehilangan anak tetapi kematiannya masih belum terbela, jadi saya mahu menuntut ganti rugi, kami sekeluarga sungguh kecewa dan tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Saya berasa perkara ini pelik, bagaimana Ketua Polis Negara membuat kenyataan bercanggah sedangkan Mahkamah Koroner sudah putuskan arwah meninggal dunia akibat perbuatan jenayah.

Tambahnya lagi, keluarga mereka sangat berharap polis dapat mengenal pasti saksi dan menangkap pesalah yang memukul anaknya sehingga meninggal dunia.

Tidak perlu ungkit, hormat keputusan mahkamah

Bapa arwah ketika hubungi turut memberitahu keputusan yang dibuat Mahkamah Koroner bukan satu perkara mudah dan ia mengambil masa lama kerana perlu memanggil saksi dan pakar tertentu.

Kita sama-sama hormat keputusan mahkamah, tidak lagi perlu ungkit bagaimana anak saya menemui ajal, sekarang masanya untuk mencari pesalah dan heret mereka ke mahkamah.

Dalam pada itu, menurut ketua polis negara sehingga kini masih tidak ada saksi yang dipanggil memberi keterangan benar-benar melihat Adib dipukul. Kesemua keterangan yang diperoleh pihaknya bersifat dengar cakap dan juga pendapat.

Terdahulu, mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu tidak diketahui.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×