berita

Kecewa Mungkir Janji, Lelaki Bunuh Diri Semasa Hari Perkahwinan Kekasih

April 3rd, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Di Yemen, Arab seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia berikutan menggantung dirinya di hadapan rumah seorang wanita yang dicintainya. Difahamkan ia berlaku pada hari yang sama wanita itu berkahwin dengan lelaki lain.

Gantung diri

Foto: Arab News

Memetik laporan media tempatan, mayat mangsa yang berusia 30 tahun itu dijumpai oleh penduduk kampung Yarim berhampiran sebuah tangki air. Lelaki ini dikatakan turut meninggalkan beberapa surat cinta yang dipercayai ditujukan kepada wanita berkenaan.

Bagaimanapun, dia mengambil keputusan secara drastik dengan menamatkan ‘riwayat hidupnya’ selepas mengetahui wanita yang dicintainya berkahwin dengan orang lain.

Ujar wartawan Yaman, Bachir Al-Misgari, lelaki ini bertindak sedemikian berikutan tidak dapat menghabiskan hidupnya bersama wanita tersebut.

Sempat tinggal surat

Sekadar gambar hiasan

Dalam pada itu, menerusi surat yang ditinggalkan lelaki ini menyalahkan wanita berkenaan berikutan gagal menepati janji dan bertindak meninggalkannya demi lelaki lain. Menerusi laporan media, beberapa surat yang ditemui di dalam poket lelaki itu menyatakan mengenai cinta, kemarahan dan kesedihan.

Bukan itu sahaja, lelaki ini sempat meminta supaya wanita itu bahagia dalam hidupnya dan melupakan dirinya serta menjelaskan dia cinta kepadanya hingga hujung hayat.

Sumber: Arab News

SKIP THIS AD ×