berita

Mengelirukan Orang Lain – Siti Nurhaliza ‘Bising’ Nama Disalah Guna. Peminat Sila Berwaspada OK!

July 22nd, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

20140721_191514_16

Sekitar minggu lalu, terlalu banyak perkara sedih yang terjadi. Dari kisah perperangan yang berlaku di Gaza hinggalah insiden pesawat MAS yang terhempas.

Dek kerana insiden ini, ada pihak tidak bertanggungjawab telah menggunakan nama penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza untuk  mengutuk rakyat Palestin yang ketika ini sedang menerima serangan bertubi-tubi dari Israel.

Kalau nak tahu, Siti sudahpun mengecam tindakan individu tersebut melalui laman sosialnya sendiri. Lebih teruk apabila ada pihak turut menggunakan namanya untuk melariskan produk. Tak patut betul!

20140721_184536_7

Siti ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa dan Pelancaran Album Fragmen berkata, ini bukan kali pertama individu menggunakan nama selebriti untuk melariskan produk dan menjejaskan nama selebriti.

Memang tak dinafikan ini bukan perkara baru, artis lain pun ada mengalami situasi yang sama berkenaan penggunaan nama untuk produk-produk yang tidak mereka wakili.

Bagi Siti, cara itu tak baik dan tak bagus sebab kadang-kadang orang mudah termakan dengan apa yang dipromosikan walaupun bukan artis itu yang menggunakannya. Kalau ada kesan negatif, orang akan salahkan artis, itulah yang Siti bising sikit.

Menyentuh isu akaun palsu yang sengaja dibuat untuk mengutuk rakyat Palestin yang ketika ini sedang dibedil oleh tentera Israel, Siti mengingatkan peminatnya supaya mereka sedar tentang kewujudan akaun palsu tersebut.

20140721_183946_4

Mengenai Facebook itu, mereka menggunakan nama dan gambar Siti, memang tak patut sebenarnya. Setiap individu akan menilai dangan cara yang berbeza.

Lepas tu ada pula satu blog yang mengulas kembali kenyataan di Facebook itu menggunakan tajuk yang tak best, benda macam ni yang Siti tak nak. Mengelirukan orang lain. Jadi, Siti ingatkan peminat supaya mereka sedar tentang kewujudan akaun palsu ini.

Haih, susah juga jadi selebriti terkenal ni, ada saja pihak yang nak ambil kesempatan kan? Tak apalah Siti, anggap saja sebagai asam garam bergelar anak seni.

Mana yang tak benar kita perbetulkan. Tak gitu? Apapun, kepada peminat setia Datuk Siti Nurhaliza, jom intai sikit foto terbaru milik penyanyi ini.

Kredit Foto: Instagram Datuk Siti Nurhaliza

SKIP THIS AD ×