berita

‘Kecewa Sebab Aku Minat Dia’- Kongsi Foto ‘Free Hair’, Sarah Hildebrand Buka Tudung?

October 15th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Sebut sahaja nama Sarah Hildebrand pasti sudah ramai mengenali pelakon cantik jelita berdarah kacukan Amerika-Jerman-Melayu ini kan?

Terbaru, satu foto yang dimuatnaik Sarah di Instagram memaparkan dirinya tidak lagi berhijab telah mengejutkan ramai terutamanya para peminat.

Tidak lagi berhijab

Menerusi perkongsian Sarah Hildebrand, dia tidak menulis sebarang kapsyen pada gambar tersebut sebaliknya hanya meletakkan simbol hati dan nama akaun Instagram suaminya, Otto Gillen. Tindakan pelakon berusia 30 tahun ini telah mengundang pelbagai persoalan daripada netizen yang ingin mengetahui adakah benar Sarah sudah tidak berhijab atau pun tidak.

Namun segala persoalan akhirnya terjawab apabila suami Sarah iaitu Otto memuatnaik satu status di Ig Story seakan-akan memberi ‘hint’ dengan perubahan yang dilakukan isterinya. Dalam status tersebut, Otto memberitahu dia menyokong segala keputusan yang dibuat Sarah.

Respon netizen

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan para peminat Sarah meluahkan rasa kurang senang dengan perubahan mendadak pelakon kesayangan mereka itu. Tidak kurang juga ada yang berharap agar Sarah akan kembali berhijab dan istiqomah.

Sumber: Sarah Hildebrand, Otto Gillen

SKIP THIS AD ×