Calon Sijil Pelajar Malaysia (SPM) 2018 kini sedang menduduki peperiksaan awam itu sejak 13 November lalu dan dijadualkan sehingga 13 Disember ini.
Dalam pada itu, viral di Twitter semalam apabila seorang calon bertindak membakar buku latihan subjek Matematik Tambahan, sehingga menimbulkan reaksi kurang senang warga sosial media.
Luah perasaan dengan bakar buku
Calon berkenaan memuatnaik status meluahkan kekecewaannya dengan soalan Matematik Tambahan SPM tahun ini. Turut disertakan adalah foto buku latihan subjek itu selain kertas peperiksaan yang sedang terbakar selain timbunan abu.
Minta maaf
Setelah menerima kecaman dan kritikan netizen, individu itu meminta maaf dan mengatakan dia sudah bertanya dengan junior-juniornya sama ada mereka berminat dengan bukunya itu namun ditolak. Turut disertakan adalah luahan kekecewaan seorang guru mengenai kesukaran soalan subjek itu.
Tak mahu buku terbiar
Tak hormat ilmu
Berdosa bakar buku
Sumber: Datoponan