berita

Kecoh Akaun Twitter ‘Like’ Video Lucah, Ini Respon Hishammuddin

January 3rd, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Selain Facebook dan Instagram, laman Twitter turut digunakan oleh ahli politik sebagai medium menyampaikan perkembangan terkini sekaligus mendekati golongan muda menerusi media sosial.

Semalam, kecoh seketika di laman sosial itu apabila akaun Twitter bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilihat telah ‘like’ beberapa video lucah. Insiden itu menjadi bualan dan bahan ketawa netizen yang tidak menyangka perkara sebegitu boleh berlaku.

Disedari netizen semalam

Bertajuk ‘F***ing the Stepmother With Force’, video berkenaan menampilkan seorang wanita dengan berpakaian seksi di dapur selain penampilan seorang lagi pelakon di bahagian kiri. Turut di-‘like’ adalah satu lagi video dipercayai berbahasa Indonesia berdasarkan tajuknya dan bertarikh 9 Ogos 2015.

Kemunculan tanda ‘like’ yang dibuat ke atas video berkenaan membuatkan netizen tertanya-tanya dan ‘menuntut’ penjelasan dari Hishammuddin.

Kena ‘hack’

Ahli Parlimen Sembrong itu ketika dihubungi media mengatakan akaun Twitternya yang mempunyai lebih 900 ribu pengikut itu telah digodam.

Kena hacked. Orang-orang saya sedang menyiasat mengenainya.

Sekurang-kurangnya saya masih relevan.

Mesej itu turut disertakan dengan emoji gelak ketawa. Respon berkenaan diberikan Hishammuddin menerusi Whatsapp kepada pihak media.

Difahamkan, bekas naib presiden Umno itu mempunyai staf untuk mengendalikan akaun laman sosialnya. Video berkenaan dilihat hilang dari akaunnya tidak lama kemudian, malahan sumber asal video tersebut turut dipadamkan.

Sumber: The Star

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×