Kontroversi mengaitkan seorang wanita dikenali sebagai Madame Mariyah yang menggelar kaum Melayu sebagai golongan yang malas dilihat masih belum berakhir meskipun usahawan tersebut sudah membuat permohonan maaf dan memberikan keterangan kepada pihak polis.
Terbaharu, timbul pula dakwaan mengatakan Mariyah yang kini digelar sebagai ‘Mak Cik Kemboja’ culas membayar hutang kepada pembekal kain renda yang ditempahnya.
Artikel Berkaitan: Dikecam Kerana Gelar Melayu Pemalas, Usahawan Asal Kemboja Buat Permohonan Maaf – ‘Saya Juga Maafkan Mereka Yang Hina Saya’
Tampil minta hutang
@lacegallery Replying to @Aalie m mat Terima kasih yang sentiasa support kami. Ramai ja yang berhutang, tapi bayaran semua cantik. Tapi makcik kemboja ni liat sungguh nak bayar? Kami dengan besar hati, nak ajak makcik dan anak makcik, jemput datang kedai kami? #lacegallery #makcikkemboja #anakmakcikkemboja #hutang#fyp ? original sound – PEMBORONG LACE
Menerusi video yang dimuat naik pembekal kain renda @lacegallery, pihak mereka meminta agar Makcik Kemboja dan anaknya untuk menyelesaikan hutang yang telah tertunggak.
Hah ni, pekerja pembekal kain lace kat sini. Kepada anak Mak Cik Kemboja tu, kami pun nak cabar anda untuk datang Penang dan tunjukkan diri di kedai kami.
Tapi bukan datang saja-sajalah, datanglah bawa sejumlah hutang yang belum dibayar tu. Ajak mak awak tu sekali ke kedai kami dan apa katalah kita bincang elok-elok.
Di akhir video tersebut, individu berkenaan juga menitipkan pesanan kepada orang ramai agar menjadi insan yang bertanggungjawab dalam melangsaikan hutang @Amirul Ilyasha
Bukan Mak Cik Kemboja ja, termasuklah semua yang berhutang di luar sana jangan lupa bayar hutang.
Berhutang pandai tapi bayar tak nak.
Respon netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tertarik dan memuji individu berkenaan yang dilihat bijak menggunakan situasi semasa untuk meminta hutangnya dari pihak Mariyah.
Mereka juga berpendapat, tindakan individu tersebut memuat naik video membuktikan golongan Melayu yang dikatakan malas juga mampu berjaya dengan perniagaan sendiri.
Terdahulu, Mariyah menerima kecaman teruk selepas mengeluarkan kenyataan berbaur gurauan dengan mengatakan dirinya yang berketurunan Kemboja lebih rajin bekerja berbanding dengan orang Melayu yang dilabel sebagai pemalas.
Susulan itu, Mariyah yang merupakan pemilik sebuah gedung tekstil yang menjalankan perniagaan jahitan pukal di Skudai, Johor tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.
Kemudian, Mariyah turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor atau TMJ kerana memberi keizinan untuk dirinya menjalankan perniagaan di negeri Johor.
Sumber: TikTok