berita

Dikecam Kerana Gelar Melayu Pemalas, Usahawan Asal Kemboja Buat Permohonan Maaf – ‘Saya Juga Maafkan Mereka Yang Hina Saya’

November 20th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Usahawan Kemboja Mohon Maaf

Baru-baru ini, seorang usahawan berketurunan Kemboja yang dikenali sebagai Madame Mariyah tampil mencetuskan kontroversi selepas mengeluarkan kenyataan mengenai masyarakat Melayu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Adab Tak Boleh Beli’ – Nadia Brian Sedih Ditengking Depan Ramai Orang, Ahli Perniagaan Nafi Sengaja Memalukan

Cakap Melayu pemalas

Menerusi video yang tular di media sosial, dapat dilihat Mariyah mengeluarkan kenyataan berbaur gurauan dengan mengatakan dirinya yang berketurunan Kemboja lebih rajin bekerja berbanding dengan orang Melayu yang dilabel sebagai pemalas.

Ya memang saya orang Kemboja dan apa kena mengena saya orang Kemboja dengan orang Malaysia? Saya memang orang Kemboja, dilahirkan di sana tetapi dibesarkan di Malaysia.

Kalau orang Kemboja memang pandai meniaga dan orang Kemboja memang rajin. Nak dibandingkan dengan orang Melayu, malas.

Video tersebut telah mendapat respon yang pelbagai dari wargamaya sehinggakan Persatuan Melayu Champa Johor Bahru membuat laporan polis berhubung kenyataan yang dikeluarkan usahawan tersebut.

Menurut peniaga yang mewakili komuniti Melayu Champa, Kemboja di daerah berkenaan, kenyataan dibuat Mariyah dilihat sebagai rasis.

Kami ingin menegaskan apa yang dikatakan oleh wanita itu sangat rasis dan mengganggu keharmonian bangsa di Malaysia.

Kami juga ingin menegaskan bahawa kenyataan wanita itu bukan mewakili komuniti Melayu Champa, Kemboja di sini dan seluruh Malaysia.

Kami tidak boleh terima kenyataan dibuat wanita itu. Kami bimbang kata-katanya itu boleh menyebabkan keharmonian komuniti kami di negara ini terjejas dan memburukkan imej kami sekali gus mengancam ketenteraman bangsa kami di Malaysia.

Usahawan mohon maaf

@simple_life40 Simpan sini dulu #makcikkemboja ? original sound – @simple_life

Sedar dengan kesilapan sendiri, Mariyah yang merupakan pemilik sebuah gedung tekstil yang menjalankan perniagaan jahitan pukal di Skudai, Johor tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Menerusi video yang dimuat naik @simple_life40, Mariyah memaklumkan dia juga memaafkan mereka yang mengeluarkan kata-kata negatif kepadanya dan memilih untuk mencari ketenangan diri.

Saya minta maaf atas kekhilafan saya bercakap (dalam video yang tular) dan kalau anda rasa itu adalah penghinaan saya minta maaf sekali lagi banyak-banyak.

Saya pun maafkan you all semua atas apa yang anda komen dalam live saya yang mahu boikot dan sebagainya, saya maafkan sebab saya nak jadi orang yang berlapang dada.

Saya tak pernah koyak. Saya hanya akan koyak bila Allah tak pandang saya dan Allah tak reda dengan saya, ingat itu sahabat.

Dalam pada itu, kru produksi bagi akaun TikTok kepada Mariyah juga turut memohon maaf atas kekhilafan mereka yang terlepas pandang mengenai isu yang sensitif tersebut.

Sumber: Berita Harian, Aplikasi X, TikTok

SKIP THIS AD ×