Pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias (DUKE) sebelum ini, mendedahkan enam doktor pakar gagal mengesan penyakit misteri yang dialaminya sejak Oktober tahun lalu. Walaupun penyakit tersebut gagal dikesan, beliau tetap melakukan pelbagai ikhtiar untuk meneruskan rawatan moden dan alternatif termasuklah melakukan Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI).
Artikel Berkaitan: Kaki Ustaz Kazim Elias Membengkak Selepas Jumpa Kotak Berisi Abu & Gambar Dibakar – ‘Insyallah Saya Mampu’
Artikel Berkaitan: ‘Kaki Dibedah Tapi Tak Keluar Darah & Nanah’ – Enam Doktor Pakar Gagal Kesan Penyakit Misteri Ustaz Kazim
Artikel Berkaitan: Ustaz Kazim Percaya Terkena Penyakit ‘Ain’, Wajah Berubah 70 Peratus Dari Asal – ‘Saya Kena Mandi Di Sungai Pada Waktu Subuh …’
Minta bantuan orang ramai
Terbaru, perkongsian sekeping foto yang dikongsi Ustaz Kazim Elias menerusi satu hantaran di laman Facebook mengejutkan orang ramai. Menerusi foto yang dikongsi dapat dilihat tangannya seolah-olah terbakar dan berparut hitam.
Siapa-siapa yang boleh tolong ubatkan saya. Tolonglah. Berat mata memandang berat lagi bahu yang menanggung.
Pada Allah kita berserah.
Pendakwah ini pada masa yang sama sempat menyeru kepada mana-mana individu yang mampu mengubat ‘penyakit’ tersebut untuk tampil membantunya.
Sebelum ini, Ustaz Kazim pernah berkongsi satu posting di Facebook menunjukkan gambar kotak berisi abu yang terdapat gambarnya yang telah dibakar, dijumpai di laluan tempatnya mengajar di Pusat Pendidikan al-Barakah di Manjoi, Perak.
Respon netizen
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut risau dengan ‘penyakit’ yang dihidapi pendakwah terkenal ini dan ada juga yang mendakwa itu merupakan angkara sihir yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.
Sumber: Ustaz Mohd Kazim Elias