berita

Kedai Nasi Ayam Tiada Sijil Halal, Pekerja Beri Penjelasan– ‘Diorang Minta Baki Makanan, Nak Bagi Anjing’

August 17th, 2022 | by Shahira
Isu & Kontroversi

Foto: Sinar Harian

Sejak beberapa hari lalu. kecoh mengenai tindakan dua peniaga nasi ayam dan itik memasuki sebuah restoran bukan halal di Paya Terubong dipercayai untuk mengambil masakan nasi ayam dan menjualnya kepada pelanggan Muslim di Sungai Ara.

Artikel Berkaitan: Tersebar Video Peniaga Beli Nasi Ayam Viral Di Kedai Bukan Islam & Jual Kepada Pelanggan Muslim?

Pihak restoran bagaimanapun mendakwa tujuan dua lelaki ke restoran terbabit hanyalah untuk mencuci perkakas perniagaan.

Premis tiada sijil halal

Terbaru, Sinar Harian melaporkan bahawa restoran viral yang menjual nasi ayam dan itik di Sungai Ara tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Menurut Pemangku Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) iaitu Mohd Hanif Omar@Wahab, pemilik kedai tersebut yang juga seorang Muslim turut mempunyai restoran nasi ayam dan itik di sebuah kompleks beli-belah dan premis itu juga didapati tidak mempunyai SPHM. Tambahnya, premis di pusat membeli-belah itu merupakan miliknya bersama seorang pemilik bukan Islam.

Premis itu (Paya Terubong) menyediakan makanan nasi ayam, itik dan juga daging khinzir.

Susulan daripada itu, beberapa individu yang merupakan peniaga restoran nasi ayam dan itik di Sungai Ara tampil membuat penjelasan. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok Matrukun7, mereka menerangkan proses memasak nasi ayam di sebuah restoran di Gurney Plaza sebelum membawanya untuk dijual di restoran di Sungai Ara.

‘Tinggal barang, minta tolong mereka basuh’

Sementara itu, dua pekerja lelaki yang tular dalam video sebelum ini tampil meminta maaf sekiranya tindakan mereka memasuki kedai bukan halal di Paya Terubong telah menimbulkan keraguan orang ramai.

Nampak kami drop barang kat kedai tu. Ya memang hari itu, kami minta maaf memang salah kami sebab tinggal barang dekat situ minta tolong mereka basuh. Biasanya kalau makanan tak habis, memang kami bagi dekat kedai tu. Memang diorang minta, tulang ke nasi ke sebab nak bagi makan dekat anjing macam tu la.

Dakwaan kami ambil bekalan makanan dari situ, memang tak betul sebab kami dan pekerja lain masak sendiri dan semuanya Melayu. Dulu kami kerja kilang dengan dia (owner bukan Islam), dia juga jual nasi ayam dan itik. Dari situ kami belajar resipi nasi ayam.

Kalau siapa yang ada nampak kami dekat kedai tu, ya memang kami. Tapi tujuan kami pergi situ sebab nak tukar duit baki (duit kecil). Tapi kalau restock nasi, ayam dan itik memang tak ada.

Video penjelasan

Sumber: Sinar Harian, TikTok Matrukun7

SKIP THIS AD ×