berita

Tersebar Video Peniaga Beli Nasi Ayam Viral Di Kedai Bukan Islam & Jual Kepada Pelanggan Muslim?

August 16th, 2022 | by Shira
Isu & Kontroversi

Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai tindakan peniaga nasi ayam dipercayai membeli juadah itu di kedai bukan Islam sebelum menjualnya kepada pelanggan Muslim di gerai mereka di Sungai Ara, Bayan Lepas.

Gerai nasi ayam dan itik cetus tanda tanya

Susulan daripada video tular itu, Mufti Pulau Pinang iaitu Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menggesa pihak berkuasa agama Islam supaya menyiasat mengenai tindakan tersebut selain mengambil tindakan yang sewajarnya.

Terbaru, peniaga nasi ayam dan itik terbabit mendakwa bahawa tujuan mereka ke kedai bukan Islam tersebut hanyalah untuk mencuci perkakas perniagaan yang digunakan. Menurut Ahli Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Pulau Pinang, Sophian Mohd Zain, premis yang terletak di Paya Terubong itu menjual menu makanan yang sama (nasi ayam dan itik) buat pelanggan yang bukan beragama Islam.

Bila saya jumpa mereka dan tunjuk video yang menunjukkan beberapa barang seperti bekas makanan dihantar ke sebuah kedai makan bukan Islam di Paya Terubong dan mereka tidak menafikan perkara itu dan kata hantar untuk basuh barang niaga sahaja.

Bila saya tanya makanan masak di mana mereka jawab di sebuah premis di Persiaran Gurney. Masak di Gurney, jual di Sungai Ara tetapi hantar barang untuk dibasuh di Paya Terubong bukankah tidak masuk akal.

Tambah Datuk Seri Dr Wan Salim lagi, perkara tersebut menimbulkan keraguan selain dikhuatiri berlaku percampuran penggunaan bekas dan makanan itu sendiri.

Perniagaan mereka memang viral dan ramai orang beratur untuk beli makanan di situ dan kalau mereka rasa tidak bersalah sewajarnya buat laporan polis dan pertahankan perniagaan. Sebaliknya mereka umum tutup perniagaan secara rasmi dan perkara ini menimbulkan persoalan kepada orang ramai.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×