berita

Kedai Pelayan Tayang ‘Aset’ Memang Dalam Pemantauan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri, Bakal Siasat

July 4th, 2022 | by khairil
Kini Trending

Tular baru-baru ini sebuah rakaman menunjukkan dua lelaki memeluk bahu dan pinggang seorang wanita di sebuah kedai makan di Setiu, Terengganu. Terkini Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menyatakan akan menjalankan siasatan berhubung video yang tidak bermoral itu.

Memang dalam pemantauan

Pesuruhjaya JHEAT M Rozi Bidin berkata, pihaknya akan melihat tindakan yang boleh diambil mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

Premis (kedai makan) ini memang dalam pemantauan kita sebelum ia tular lagi dan dakwaan mengatakan JHEAT tak beri perhatian… itu tak betul sebab premis ini sedang dalam pemantauan.

Kita tak akan biarkan benda-benda atau perkara yang tidak baik, perlakuan tak senonoh dan kita akan tengok mengikut bidang kuasa yang ada.

Tiada kompromi dalam hal sebegini kerana ia bukan hanya mencemarkan agama Islam itu sendiri tetapi bertujuan membendung gejala atau kelakuan tidak bermoral dalam kalangan masyarakat.

Terdahulu, tular di media sosial apabila sekumpulan lelaki yang bertindak dengan ‘selamba’ memeluk mesra pelayan wanita di sebuah kedai makan.

Tindakan itu telah mengundang kecaman orang ramai kerana mereka dilihatkan tanpa rasa malu memeluk pelayan itu di bahagian pinggang dan juga bahu walaupun disaksikan oleh pelanggan lain.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×