berita

Kedudukan Organ Dalaman Badan Tak Normal, Anak Buah Fida Memerlukan Bantuan

March 25th, 2014 | by Ai
Lensa Insta

fida

Pilu hati kami apabila membaca kisah adik Adam yang mempunyai kedudukan organ bertentangan daripada manusia normal sejak lahir lagi.

Kisah itu dibaca melalui laman sosial Instagram milik pelakon jelita, Rafidah Ibrahim yang memohon bantuan kepada orang ramai bagi membantu kos rawatan bayi tersebut.

Rupa-rupanya, bayi yang bernama Adam itu adalah anak saudara Fida yang mengalami penyakit tersebut sejak lahir dan sudah pun menjalani pembedahan pertama.

Bantuan

Rafidah atau lebih mesra disapa Fida berkata, dia amat memerlukan bantuan rakyat Malaysia bagi membantu dalam menampung kos rawatan anak saudaranya itu.

Kos rawatan Adam tinggi, selain turut sama memberi bantuan kepada mereka, Fida memohon orang ramai turut menyalurkan bantuan bagi meringankan beban Adam dan keluarganya.

Adam mempunyai kedudukan organ yang bertentangan daripada manusia biasa kerana semua organ termasuk jantung, usus besar dan lain-lain berada dibahagian kanan.

Menurut Fida, Adam memang menghidapi penyakit ini sejak lahir, kemudian Adam ditahan di Institut Jantung Negara (IJN) kerana mempunyai masalah pernafasan.

Adam pernah menjalani pembedahan pertama untuk memulihkan saluran darah dan penafasan semasa  dia baru lahir dahulu.

Sungguhpun begitu, Adam masih perlu menjalani pembedahan kedua tetapi bergantung kepada tahap kesihatan Adam.

Fida turut menjelaskan kondisi bayi itu stabil setelah menjalani pembedahan pertama, namun, Adam memerlukan penjagaan dan rawatan yang rapi.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Apapun, kami doakan supaya Adam cepat sembuh dan semoga dia dapat menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.

Bagi anda yang ingin membantu, bantuan boleh disalurkan kepada Mohd Redzuan bin Md Nasir iaitu bapa Adam melalui akaun CIMB yang bernombor  7611769290 atau hubungi talian 017-300 3610. Sama-samalah kita membantu mereka yang memerlukan.

SKIP THIS AD ×