berita

Keek: Fara Fauzana Tukar Stesen Radio?

November 1st, 2013 | by Ai
Video Popular

FF

Minggu lepas industri hiburan tempatan dikejutkan dengan berita perletakan jawatan Faizal Ismail sebagai penyampai radio di stesen Hot FM.

Dan hari ini Fara Fauzana juga telah mengumumkan akan ke sebuah stesen radio lain di luar negara. Adakah Fara juga ingin mengikut jejak langkah Faizal?

Teka-teki itu dikuatkan lagi dengan ketiadaan Fara di konti AM Krew pagi tadi dan segmen tersebut digantikan dengan celoteh AG dan juga Kieran.

Namun diharapnya semua pembaca tidak cepat melatah kerana Fara bukanlah meletakkan jawatan sebaliknya dia sedang dalam perjalanan ke Perth, Australia atas urusan kerja.

Screen Shot 2013-11-01 at 11.47.02

Menerusi kiriman video yang dikongsikan di laman Keek milik Fara, calon Shout Awards 2013 dalam kategori Coolest Radio Announcer Award ini akan ke udara di stesen radio Melayu Perth.

Berkemungkinan besar Fara dijemput untuk menjadi penyampai radio jemputan di sana dan menariknya, peminat-peminat di Malaysia berpeluang mendengar suaranya dari corong radio antarabangsa.

Kalau nak tahu bagaimana cara untuk mendengar Fara menjadi penyampai radio di sana, nantikan pengumuman seterusnya dari Fara melalui laman sosial.

Bagaimanapun, di sini OHBULAN! sertakan video yang sempat dirakam oleh Fara sebelum bertolak ke Perth pagi tadi. Selamat menonton!

SKIP THIS AD ×