berita

Keek: Keletah Comel Anak Nabila Huda

July 19th, 2013 | by Ai
Video Popular

abil

Kalau sebut sahaja nama Nabila Huda, orang pasti akan mengaitkannya dengan kontroversi dan isu-isu panas dari dulu hinggalah sekarang.

Tetapi sebenarnya, tak ramai yang mengetahui pelakon ini mempunyai sifat keibuan yang cukup lemah lembut dan penyayang terhadap anak perempuannya, Keisha.

Beberapa jam yang lepas, Abil ada berkongsi sebuah video di akaun Keek miliknya menunjukkan gelagat dia dan anaknya yang cukup comel.

Screen Shot 2013-07-18 at 23.28.07

Terserlah kasih antara ibu dengan anaknya

Menerusi video yang berjudul ‘Home Sweet Home :)‘ itu, dapat dilihat keterujaan dan kepetahan Keisha berbicara sewaktu menyambut kepulangan Abil.

Memang betul sifat penyayang seorang ibu adalah semulajadi dan tidak boleh dipertikaikan, tetapi rasanya setakat ini Abil berjaya melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik.

Walaupun bergelar ibu tunggal dan sering dihimpit kontroversi dengan kehidupannya yang dilihat agak sosial, Abil masih mampu mendidik anaknya dengan tutur kata yang cukup sopan dan lemah lembut.

Untuk pengetahuan anda, Keisha yang kini berusia tiga tahun adalah anak tunggal hasil perkahwinan Abil dengan bekas suaminya, Zaidi Zailani sebelum mereka bercerai pada bulan Ogos 2011.

Kalau nak tahu apa yang dibualkan oleh anak beranak ni, jom layan video comel mereka di bawah.

SKIP THIS AD ×