berita

Keek : Nabila Huda Timbulkan Kontroversi Lagi?

June 13th, 2013 | by Ai
Video Popular

Nabila Huda

Selepas satu, satu lagi isu timbul.

Semalam, kita dikejutkan dengan isu hubungan antara Nabila Huda dan juga Nas-T yang khabarnya sudah berakhir. Namun, kenyataan terbaru Nas-T pula seolah-olah tidak mahu membesarkan perkara yang sedang berlaku dan tidak pula mengiyakan kontroversi yang melanda mereka.

Terbaru, menerusi akaun Keek-nya, Nabila Huda sekali lagi telah menimbulkan kontroversi apabila dia  memuatnaik sebuah video yang menarik perhatian ramai penonton. Video tersebut telah dikritik oleh peminat-peminatnya kerana melalui paparan video berkenaan, aktres ini dilihat seolah-olah tidak memakai baju ketika tidur.

Video Nabila Huda

Penampilan Nabila menerusi video keek-nya

Menurut respon peminat, ramai antara mereka mengkritik tindakan Nabila sehingga ada yang mempertikaikan hubungan cintanya dengan pelakon, Nas-T.

Nabila Huda

Video Nabila Huda

Ucapan selamat pagi Nabila untuk peminat

Walau apa pun komen dan respon yang peminat berikan kepada pelakon ini, nampaknya Nabila lebih selesa menjadi dirinya sendiri dan melalui kenyataannya menerusi laman Twitter beberapa jam lalu, dia ada mengatakan bahawa :

Be open,Be Honest and Just….SMILE!

If you don’t like my words,don’t listen.If you don’t like my appearance,don’t look. If you don’t like my actions,turn your head.Sho sho!haha

Di sini OHBULAN! selitkan video Keek yang dimuat naik oleh Nabila lima hari lalu.

Kredit Foto & Video : Instagram, Twitter & Keek Nabila Huda

SKIP THIS AD ×