berita

Keek: Sharifah Sakinah Sindir Pengkritik Videonya?

August 20th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

IMG_7562

Beberapa hari yang lepas Sharifah Sakinah dikatakan buat perangai lagi apabila memuat naik video terbaru dengan bercerita mengenai seluar dalam yang dipakai oleh Zizan Razak, Ajak Shiro dan Michael Ang.

Akibat daripada itu, terdapat segelintir pihak yang tidak berpuas hati kerana menganggap lawak Sakinah tidak masuk akal dan tidak bermoral.

Video yang berjudul ‘Kami Semua Pakai Spender’

Sakinah bagaimanapun sekali lagi memuat naik video di laman Keek berjudul Terima Kasih Kerana Menasihat Ya Ahli Syurga dipercayai untuk membalas segala teguran yang ditujukan kepada dirinya.

Menerusi rakaman berdurasi 36 saat itu, Sakinah menjelaskan bahawa video sebelum ini hanyalah sekadar gurauan bersama kawan-kawan sambil berulang kali menyatakan mereka yang memberi komen terhadap videonya adalah ahli syurga.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa Sakinah mempunyai perwatakan yang ‘gila-gila’ dan bersahaja namun kadang-kala lawaknya itu tidak dapat diterima oleh sebahagian peminat.

Kalau anda nak tahu apa lagi yang dikatakan oleh Sakinah, OHBULAN! ada sertakan video berkenaan di bawah untuk tontonan anda.

SKIP THIS AD ×