Niat 15 pelajar Univerisiti Teknologi MARA (UiTM) Chendering, Terengganu bermandi-manda di pantai bagi meraikan peperiksaan semestar tamat bertukar tragedi. Di dalam tidak sedari bermandi-manda disitu, mangsa dikatakan telah ditarik ombak sebelum hilang dibawa arus.
Ombak besar datang menghempas pantai
Kejadian ini berlaku di Pandai Pandak pada hari Sabtu, 11 Januari 2020 sekitar jam 6.25 petang. Kejadian tersebut telah meragut nyawa Mohd Nor Hishamudin Nor Saidi berusia 21 tahun manakala mangsa Tengku Mohd Afiq Tengku Muhazan Shah hilang sebelum ditemui dalam keadaan terapung.
Kejadiaan itu dipercayai berlaku apabila ombak besar datang menghempas pantai dan menarik mangsa ke laut ketika sedang mandi. Mayat Mohd Nor Hishamudin ditemui dalam keadaan terapung kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian pada jam 9.50 malam.
Mangsa ditemui unit PPDA ketika operasi pencarian di pesisir pantai. Unit PPDA berenang ke dalam air lebih kurang 4 meter untuk mengambil mangsa dan bawa ke pantai.
Seramai 17 anggota Pasukan Penyelamat (PPDA) Terengganu bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima laporan tersebut pada jam 6.41 petang.
Ditemui dalam keadaan terapung
Operasi menyelamat disambung kembali pada pagi keesokan harinya iaitu Ahad telah berjaya menemui mayat mangsa Tengku Mohd Afiq dalam keadaan terapung berdekatan benteng pemecah ombak pada pukul 6.25 petang, kira-kira 1 km dari lokasi kejadian di Pantai Pandak.
Operasi hari kedua ini masih diteruskan lagi dengan rondaan di pesisir pantai tetapi diperluaskan sehingga 1.5 kilometer kiri dan kanan dari lokasi mangsa dilaporkan lemas.
Pada hari ini juga, kita menggunakan aset di air iaitu bot dan kapal daripada maritim yang melibatkan perairan Kuala Terengganu dan Marang.
Sumber: BERNAMA, Astro Awani