berita

Kehilangan Ibu Michael Jackson Terjawab

July 24th, 2012 | by Ai
Hollywood

Pada 22 Julai 2012 lalu, pihak Stesen televisyen CNN telah melaporkan bahawa ibu kepada bekas Legenda Pop Dunia, Michael Jackson telah didapati hilang. Katherine Jackson, 82 dikatakan hilang setelah gagal dihubungi oleh cucunya selama seminggu.

Namun begitu, tidak lama selepas berita kehilangan Katherine Jackson tersebar luas, seorang abang Michael Jackson telah tampil memberikan keterangan bahawa dakwaan kehilangan tersebut sama sekali tidak benar. Malah ibunya kini berada di Arizona kerana doktor menyarankannya untuk berehat. Menurut Katherine lagi, kini keluarganya terbabit dalam pertelingkahan mengenai hal ehwal kewangan dan perundangan.

Sejak kematian Michael Jackson tiga tahun lalu, ketiga-tiga anaknya telah tinggal bersama Katherine. Selain itu, menerusi surat wasiat sebelum kematian Michael, beliau turut menyebut bahawa Katherine merupakan salah seorang warisnya yang terdekat.

Legenda Pop Dunia, Michael Jackson, telah disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan UCLA, pada 25 Jun 2009 tahun lalu. Beliau telah meninggalkan tiga orang cahaya mata iaitu Prince Michael Joseph, Paris Michael dan Prince Michael II atau ‘Blanket’.

Sumber : Yahoo, Lirik Kami, Metro

SKIP THIS AD ×