berita

Kehilangan Ibu Terungkai Selepas 21 Tahun, Anak Bongkar Pusara Belakang Rumah

April 11th, 2019 | by faris
Kini Trending

Kehilangan seorang wanita Bonnie Haim pada Januari 1993 diselubungi misteri sehinggalah 21 tahun kemudiannya, si anak, Aaron Haim menemukan sesuatu di belakang rumah mereka.

Penemuan itu merungkai segala tanda tanya disebalik kehilangan Bonnie sekaligus mengheret orang yang tidak disangka-sangka ke muka pengadilan.

‘Daddy buat mummy’

Kehilangan Bonnie ketika itu dikaitkan dengan suaminya, Michael Haim. Polis menjadikan Michael sebagai suspek utama kes apabila Aaron berumur 3 tahun ketika itu berkata sesuatu kepada polis.

‘Daddy buat mummy’, Aaron seperti dilaporkan Times-Union ketika itu. Namun, keluarga Aaron sendiri pun meragui kenyataan anak kecil berkenaan, apatah lagi tiada bukti fizikal yang melibatkan Michael atas jenayah terbabit.

Perbicaraan bermula

Disember 2014, ketika dalam proses mengubahsuai rumah keluarganya, Aaron tanpa disangka-sangka telah menemukan bukti yang akhirnya menyebabkan ayahnya dicekup.

Isnin lalu, perbicaraan kes ini dimulakan di Florida, Amerika Syarikat berhubung kes kematian Bonnie pada 1993. Michael menegaskan dia tidak bersalah. Menurut Times-Union, Aaron akan mengimbau semula ingatannya untuk menjadi saksi utama kematian ibunya sehinggalah kepada penemuan mayat Bonnie.

Retak menanti belah setahun sebelum

Menurut dokumentari Unresolved Mysteries, semuanya bermula pada musim cuti 1992 apabila pasangan Michael-Bonnie itu dikatakan selalu bergaduh sehingga akhirnya berlaku kekerasan. Bonnie dilaporkan mahu bercerai dan senyap-senyap membuka akaun sebagai tabungan bagi meneruskan hidup selepas berpisah.

Pada 7 Januari 1993, Bonnie tidak datang kerja. Michael mengatakan mereka bertengkar pada malam sebelumnya dan meninggalkan rumah pada 11 malam. Michael keluar rumah untuk mencari isterinya dan pulang ke rumah tanpa membuat laporan polis mengenai kehilangan Bonnie.

Gaduh sampai bunuh

Menurut Robert Hinson, polis Jacksonville yang menyiasat kes ini, pasangan itu bergaduh dan Michael membunuh isterinya kemudiannya menghapuskan bukti yang ada.

Apa yang boleh disimpulkan, pada hari kejadian, pasangan Bonnie-Michael bergaduh sehingga menyebabkan Michael membunuh isterinya dan melenyapkan mayat si isteri. Yang lebih sadis, anak mereka berumur 3 tahun ketika itu menjadi saksi.

Akhirnya…

Pada awal 2000, Aaron memfailkan saman ke atas bapanya sendiri walaupun mayat ibunya masih tidak ditemui. April 2005, Aaron menang USD26.3 juta (RM10.8 juta) termasuk pemilikan ke atas rumah mereka.

Pada 2014, Aaron bersama abang iparnya menjalankan proses ubahsuai rumah itu. Dia mengorek bahagian kolam renang belakang rumah mereka  menggunakan ekskavator. Dia kemudiannya menemukan lapisan simen dan mula memecahkannya.

Terdapat plastik berisi ‘tempurung kelapa’ yang selepas itu didapati sebenarnya tengkorak manusia kerana mempunyai soket mata dan gigi!

Sarung peluru berkaliber .22 ditemui bersama mayat itu, dan Michael dipercayai memiliki senjata api dengan kaliber yang sama.

Sumber: Washington Post

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×