berita

Keindahan Hidupan Laut Dalam – Team OHBULAN! Cabar Diri Menjelajah Ke Dasar Laut Tioman.

May 7th, 2019 | by Epul
Kini Trending

Scuba diving merupakan aktiviti penjelajahan dasar laut yang sememangnya meninggalkan memori indah buat para diver. Haa.. Team OHBULAN! telah dijemput untuk merasai sendiri pengalaman dari dasar laut di Pulau Tioman, Pahang selama 4 hari 3 malam.

Pada mulanya kami sedikit gementar kerana untuk melakukan aktiviti scuba diving ni. Nak-nak buat salah seorang daripada kami yang memang takut dengan aktiviti air. Macam-macam persedian mental dan fizikal dia buat lah! So, kalau korang nak tau macam mana kami beranikan diri menjadi seorang penyelam? Baca sampai habis artikel ni..

Let’s dive bersama Moby-Tek Dive Centre!

So perjalanan kami bermula dari Kuala Lumpur ke Jeti Tanjung Gemuk selama 5 Jam sebelum transit menaiki feri ke Pulau Tioman (Jeti Kampung Tekek) yang mengambil masa 2 jam. Selama 4 hari 3 malam kami di Pulau Tioman rasa memang tak puas sebab instructor kitorang, Stacy Chee dengan rakan instructor yang lain tak putus-putus berkongsi ilmu menyelam lautan dalam ni.

Kelas teori sebelum sesi menyelam

Team OHBULAN! bersama rakan-rakan media lain

Mana-mana pusat latihan korang pergi pun pasti akan ada kelas teori. Di Moby-Tek Dive Centre, Stacy yang merupakan orang kuat Moby-Tek Dive Centre akan pastikan kitorang cukup ilmu diving di dada sebelum memulakan penyelaman sebenar.

Seorang penyelam perlu bersedia dari segi fizikal dan mental. Selain itu, korang perlu jujur dengan instructor supaya pencegahan awal dapat diambil. Macam seorang team OHBULAN ni, dia ada trauma sebab pernah hampir lemas, juga mengalami motion sickness (mabuk). Jadi, Stacy share beberapa tips untuk hilangkan gemuruh sebelum memulakan penyelaman.

Lepas belajar teori, kitorang perlu mempersiapkan peralatan untuk menyelam seperti tank oksigen, scuba regulator, fin, goggle dan beberapa alatan lainnya. Kenali fungsi alatan menyelam sebelum masuk ke dalam air supaya teknik apungan dalam air menjadi lebih mudah.

Cubaan pertama..

Sebelum dibenarkan menyelam ke laut dalam, Stacy telah mengajar cara mengawal teknik penafasan serta teknik fin yang betul. Jika dua elemen ini digabungkan maka pergerakan dalam air akan lebih mudah.

Teknik clearkan goggle jika air masuk

Selain itu, teknik mengeluarkan air dalam goggle pun turut diajar. Pada mulanya kitorang sedikit gementar sebab membayangkan air laut yang masin masuk ke dalam mata pasti akan memedihkan.

Cubaan kedua..

Setelah mahir teknik pernafasan juga teknik fin dengan betul, kitorang didedahkan dengan beberapa teknik lain yang hanya digunakan ketika menyelam ke laut dalam.

Teknik apungan, penafasan dan fin yang perlu diperbaiki

Antara teknik yang diajar seperti, buoyancy (apungan), signal komunikasi dalam air, cara membantu rakan penyelam (sistem buddy), teknik mengatasi kecemasan dalam air – jika kehabisan oksigen, cedera, atau masalah-masalah lain.

Sejujurnya banyak lagi teknik yang kitorang perlu pelajari tetapi menurut Stacy ilmu asas ini jika kitorang buat dengan betul, teknik berikutnya akan sebih senang untuk kami pelajari.

Indahnya ciptaan Tuhan di dasar laut Tioman

Gambar secara live di dasar laut Tioman

Hari untuk menyelam sedalam 18 meter atau 60 kaki telah pun tiba. Menurut Stacy, kitorang perlu gabungkan kesemua teknik yang dipelajari ketika berada di dasar laut supaya tiada masalah timbul sepanjang sesi selaman.

Kelibat ikan pari yang berjaya dirakam oleh Stacy sewaktu latihan

Bila dengar je laut dalam terus dalam kepala teringat cerita Aquaman, tapi gemuruh dia jangan cerita la. Keputusan telah dibuat, maka tengelamlah kitorang bersama rakan media yang lain ke dasar laut bagi melihat sendiri hidupan laut yang selalu dilihat di kaca TV.

Berbekalkan teknik dan sedikit keberanian akhirnya team OHBULAN! berjaya berada di kedalaman 18 meter atau 60 dari aras laut. Keterujaan kitorang ditambah lagi bila dapat melihat sendiri hidupan laut yang bewarna-warni seperti batu karang, ikan yang unik, cuttlefish, dan paling best dapat tengok dan berenang bersama penyu.

So, pengalaman ni akan menjadi satu memori dan satu rujukan untuk aktiviti scuba diving yang akan datang.

Buat lesen diving Dengan Moby-Tek Dive Centre..Best giler!

Di akhir program ni, kitorang lulus untuk scuba diving licence di bawah pimpinan instructor dari Moby-Tek Dive Centre. Kitorang nak ucap terima kasih kepada pihak penganjur Moby-Tek Dive Centre sebab jemput kitorang join expedisi menjelajah lautan biru ni.

Jadi kalau korang rasa nak buat lesen skuba dan nak rasa sendiri pengalaman penjelajahan dasar laut, cari je Stacy dari Moby-Tek Dive Centre. Nak tau lebih lanjut korang boleh cari team diorang dekat Facebook Moby-Tek Dive Centre.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×