berita

Keindahan Umpama ‘Jurassic World’, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Mengujakan Ke Banjaran Bengoh, Sarawak

September 28th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Jika korang datang ke Sarawak, jangan lupa untuk melawat tempat yang digelar ‘Jurassic World’ Sarawak atau nama betulnya Banjaran Bengoh. Hidden gem ini merupakan syurga buat mereka yang meminati alam semulajadi.

Tetapi sebelum anda ke sana, ikuti tips yang dikongsikan oleh salah seorang pengguna Facebook, Yamin Ismail, terutamanya bagi mereka yang pertama kali hendak ke sana

Tips ke Bengoh

1. Perlu menempah bot dan juru pandu

Sebaiknya tiba di pintu masuk empangan jam 7.30 pagi atau lebih awal. Itupun dah beratur panjang nak melalui pondok pengawal empangan sebab perlu register nama, nombor kenderaan dan diambil suhu badan. Hidden gem ni dah mula femes.

Untuk menikmati keindahan kawasan ini, anda perlu menempah bot dan juru pandu kerana kawasan ini terletak di dalam kawasan empangan Bengoh. Untuk sampai ke sini, pemanduan memakan masa satu jam dari bandar Kuching.

Di banjaran Bengoh ini terdapat kampung Bidayuh tertua di Sarawak. Ia juga menempatkan sebuah empangan air yang dinamakan Empangan Bengoh yang mula dibina pada tahun 2007 dan siap pada 2010.

2. Naik bot mengharungi tasik selama 20 minit

Tudiaa. Sebaik masuk kawasan empangan, dari tempat letak kereta terus nampak boat dan jurupandu yang sedang menunggu. Kena book dulu ya. Inilah kawasan permulaan empangan yang boleh dilihat dari tempat letak kereta. Sinipun dah cantik dah waduh! Jeng-jeng. Terus naik boat. Kena pakai jeket keselamatan. Boat boleh muat enam orang.

Setelah mendaftar dan mengambil bacaan suhu badan di pondok pengawal empangan, anda perlu menaiki bot mengharungi tasik empangan selama 20 minit sebelum tiba di tapak/jeti permulaan banjaran.

3. Mula hiking sebelum jumpa 3 air terjun

Setelah itu anda akan mula hiking dan akan dipertemukan dengan 3 air terjun pertama yang memukau iaitu Curtain, Koring dan Puba’an (Pe’an) mengambil masa selama 45 minit hingga 1 jam dari tapak permulaan.

4. Perlu mendaki lagi 30 minit

Maka bermulalah trip empangan Bengoh. Merentasi tasik ke tapak permulaan hiking. Teringat macam tasik Banding kat Perak. Inilah titi buluh yang dimaksudkan. Kecil dan muat satu orang satu masa. Ada tiga titi buluh macam ni kalau tak silap. Tudiaa. Sampai ke tempat tiga air terjun pertama. Ya, tempat ni ada tiga air terjun. Masya Allah sungguh cantik. Ni air terjun keempat yang terletak dalam suasana Jurasic World tu. Rugi tak datang sini.

Untuk sampai ke air terjun keempat iaitu Shushung (Susung) pula, anda perlu mendaki lagi sejauh 30 minit. Inilah air terjun paling cantik pernah saya temui. Indeed kawasan ini macam Jurassic World. Sungguh memukau.

Pendakian ulang alik secara keseluruhan ke 4 air terjun berkenaan mengambil masa sekitar 4 jam. Jadi, anda dinasihatkan untuk membina stamina sebelum mendaki banjaran yang mencabar ini. Semasa hiking ke air terjun, anda akan melalui titi buluh yang kecil dan sempit. Unik, antik sekaligus mencabar. Kena berhati-hati kerana ia boleh dilalui oleh satu orang pada satu masa.

5. Bergerak ke kampung Sting

Inilah pemandangan kawasan empangan Bengoh dari kampung Sting, kampung atas awan. Berada di sini membuatkan kami terdiam tanpa sebarang kata. Tempat para pengunjung mengambil gambar dan menikmati keindahan alam di Kampung Sting.

Setelah menikmati air terjun yang memukau, anda boleh bergerak ke kampung Sting yang dikenali dengan julukan kampung atas awan. Untuk sampai ke kampung ini, anda perlu naik boat semula dan bila sampai ke tapak/jeti, perlu hike lagi bukit lebih kurang 30 minit.

Dari kampung ini anda boleh melihat pemandangan luas kawasan empangan Bengoh yang sungguh mengkagumkan. Kampung ini merupakan kampung Bidayuh tertua di Sarawak dan dipercayai telah wujud sejak 300 tahun yang lalu. Penduduk kampung ini meneruskan tradisi masyarakat Bidayuh seperti menanam padi dan lada hitam sekaligus menjadikan ia sebagai sumber pendapatan dan juga keperluan sendiri.

6. Boleh tempah homestay yang disediakan

Di kampung ini ada homestay stail dorm yang boleh memuat 20 orang. Anda perlu buat tempahan dua minggu awal jika ingin bermalam di sini.

Sambil menikmati kecantikan pemandangan dan kesejukan udara di kampung ini, anda boleh membeli minuman sejuk dan makanan segera yang dijual oleh penduduk kampung. Total kos untuk trip ini RM50 meliputi bayaran boat dan jurupandu. Bawa makanan dan air secukupnya. Standby juga baju hujan.

Trip ini sungguh mengujakan dan kenangan yang tidak dilupakan. Cuma anda kena ada lebih stamina sebab perlu banyak hiking untuk sampai ke setiap lokasi.

Sumber : Yamin Ismail

SKIP THIS AD ×