berita

Keith Foo Ingin Kahwin Dua Tahun Lagi

December 27th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

ARIANA ROSE Drama PC-26

Bagi kebanyakan selebriti yang sedang meningkat naik, jarang sekali peminat mendengar kesudian mereka untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat, baik wanita mahupun lelaki.

Namun berbeza pula dengan pelakon kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Indonesia ini, Keith Foo telah meletakkan sasaran untuk berkahwin sekurang-kurangnya dua tahun dari sekarang.

Bagi yang tidak tahu, Keith sudah putus cinta dengan seorang pelakon Indonesia sejak setahun lalu dan kini sedang menjalin hubungan dengan seorang pelajar fesyen berusia 28 tahun.

ARIANA ROSE Drama PC-27

Saya kenal dengannya dah sepuluh tahun, tapi lepas tu kami terputus hubungan. Jumpa balik pun menerusi Facebook dan saya pergi pertunjukkan fesyen yang dia buat masa saya baru balik Malaysia. Sejak dari tu, kami jadi rapat semula.

Tapi kami baru serius bercinta sejak enam bulan lepas. Kalau boleh saya nak tunggu dia habis belajar dalam dua tahun lagi barulah kami berkahwin.

Menyentuh soal kerjayanya pula, Keith yang semakin dikenali menerusi drama bersiri popular Love You Mr Arrogant akan kembali menemui peminatnya di slot yang sama iaitu Akasia menerusi drama Ariana Rose.

Namun untuk kali ini, tanggungjawab Keith lebih mencabar kerana dia menggalas watak utama sebagai kaki perempuan bernama Tengku Adam Kamil di samping Nur Fathia.

Drama adaptasi novel itu akan menggantikan Playboy Itu Suami Aku mulai 30 Disember 2013 di TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7 malam.

Untuk semua pembaca OHBULAN!, di sini kami sertakan foto-foto terbaru Keith Foo yang ditemui sewaktu majlis sidang media pelancaran drama terbaru lakonannya tempoh hari.

SKIP THIS AD ×