berita

‘Kekuatan Yang Aku Tahan Sejak 2 Minggu Kelam Kabut Ini Berakhir Dengan…’ – Maafkan Ibu Wahai Anak

June 22nd, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Facebook, seorang wanita berkongsi luahannya sebagai seorang ibu apabila terpaksa membahagikan masanya untuk kerja rumah, anak-anak dan kerjayanya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negara ini.

Hari ni aku tewas

Sekadar gambar hiasan

Hari ni aku rasa tewas sebagai mak, orang rumah dan pekerja. Tewas dengan nafsu marah. Jujurnya aku rasa penat sangat. Pkp ni bukan mudah untuk aku dengan anak-anak kecil lima orang. Anak-anak yang pdpr perlukan perhatian penuh sebab baru darjah 1 dan 2. Anak yang tabika tadika pun ada keja juga. Baby lagilah tak tahu apa, nak kena tengok dia.

Sebagai seorang ibu kepada lima orang anak, wanita ini memberitahu bahawa dia berdepan dengan pelbagai cabaran sepanjang PKP. Menurutnya, dia perlu bangun seawal pagi untuk membuka komputer anak-anak, menyediakan buku-buku yang diperlukan oleh mereka dan memastikan anak-anak tidak terlepas kelas ‘online’. Ujarnya lagi, rutin tersebut sangatlah mencabar bagi seorang ibu apabila setiap anak mempunyai kerenah yang berbeza.

Si farhan kelas sains saja hari ni online, yang lain semua dalam GC. Itupun buku teks dah hilang ke mana, tak dapat aku jejak. Jadi aku buka buku teks online siap-siap. Dah makan nasi goreng, dia pun masuk kelas dia. Along pula tak habis-habis sampai ke tengahari. Makan pun tak sempat lagi tu. Sambil-sambil tu aku ni berlari sidai cadar selimut yang orang tu kencing semalam. Yang tak lipat pun bertimbun lagi. Kemas-kems dapur, 2-3 kali buka tutup peti ais, tak tahu apa nak masak. Keluarkan ayam dulu. Suapkan si kecil pula. Dahtu baru nak mandikan mereka bertiga ni.

Maaflah anak-anak

Sekadar gambar hiasan

Sufiy habis kelas, aku suruh bawa buku bahasa melayu. Mai abang, kita buat sikit ja ni. Dia punya bebel sambil terus tengok tv. Ha, part tu aku memang sakit hati. Makanya aku ambil buku tu dan aku koyak-koyak macam mana koyaknya hati aku dengar dia bebel dekat aku. Aku ni mak dia kot. Lalu kekuatan yang aku dok tahan sejak 2 minggu kelam kabut dengan segala ni berakhir. Aku jerit dan jerit. Jerit sebab aku sangat penat. Aku sikit pun tak berbangga bila aku koyak buku dia, aku geram sangat. Tapi dia langsung macam tak ada apa-apa. Kalau along, dah jerit juga tu.

Jelas wanita ini lagi, sampai satu tahap dia berasa sangat penat dan tidak sengaja melepaskan kemarahan tersebut kepada anak-anak. Meskipun letih, dia tetap melakukan semua kerja sehingga lewat malam.

Sumber: Facebook

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×