berita

Kelibat Komander British Dan Keluarga Didakwa Berlegar-Legar, Ketua Menteri Melaka ‘Degil’ Enggan Pindah

July 9th, 2018 | by faris
Kini Trending

Penampakan entiti paranormal yang menjelma sebagai bermacam rupa tidak pernah gagal membuatkan ramai meremang. Tidak hanya di tempat-tempat ‘keras’, ‘mereka’ juga semakin berani muncul di kediaman sekaligus menimbulkan detik seram kepada penghuninya.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari dikhabarkan turut mengalami insiden menakutkan apabila ‘penghuni’ tidak diingini mula mengganggu di rumahnya.

Tetap akan tinggal walaupun ada desas-desus

Gambar hiasan

Menurut Mstar, Adly tidak gentar dengan cakap-cakap yang khabarnya terdapat makhluk halus turut sama menumpang di kediaman rasmi ketua menteri Melaka di kuarters kerajaan Bukit Peringgit.

Dia mengambil keputusan untuk berpindah ke rumah tersebut setelah kerajaan negeri mengumumkan rancangan bagi mengubahsuai bangunan Seri Bendahara untuk dijadikan sebagai destinasi pelancongan.

Dalam mesyuarat Exco Melaka bulan lalu, Adly berkata, dia ada mendengar cerita mengenai suasana seram di kuaters berkenaan namun memutuskan untuk tetap tinggal.

Saya akan tinggal di sana dan berharap semuanya baik.

‘Saya percaya ia masih ada’

Gambar hiasan

Pekerja yang menjaga kediaman rasmi itu bagaimanapun mengaku tidak pernah mendengar mengenai kes penampakan entiti paranormal di situ. Sebelum ini, dikhabarkkan ada yang melihat jelmaan komander tentera British sekeluarga berlegar-legar di sekitar bangunan berkenaan.

Kisah berkenaan membuatkan pegawai kerajaan enggan menetap di situ selepas mendengar cerita di sebaliknya kediaman itu.

Bekas Exco kerajaan Melaka, Datuk M.S.Mahadevan berkata, pekerja majlis perbandaraan dan sukarelawan  di pertubuhan bukan kerajaan berdekatan pernah berkongsi cerita mengenai kehadiran makhluk halus di situ.

Mereka mendakwa melihat jelmaan seorang lelaki, wanita dan beberapa kanak-kanak di rumah tetamu. Malahan, ada yang mendakwa melihat kelibat itu pada siang hari.

Bukit Peringgit pernah menjadi pusat pentadbiran ketika zaman British di mana pegawai kanan Pusat dan kerajaan negeri menetap di situ hingga sekarang.

Seorang pekerja majlis tempatan yang bertugas memotong rumput percaya jelmaan itu hanya akan muncul sekali sekala dan ‘mereka’ masih wujud di kawasan itu

Saya percaya ia masih ada di sekitar kawasan itu.

Sumber: Mstar

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×