berita

Keliru Nangka Dengan Durian, Chef Selebriti Popular Jadi Bahan Gelak Netizen

September 12th, 2018 | by faris
Kini Trending

April lalu, seluruh Nusantara dilanda ‘amarah’ apabila juri rancangan realiti Masterchef UK memberi komen rendang disediakan seorang peserta sepatutnya ‘crispy’. Perkara itu membuatkan netizen tampil mempertahankan peserta Malaysia terbabit Zaleha Kadir Olpin sekaligus mengkritik juri terbabit yang kurang arif tentang juadah berkenaan.

Terbaru, chef selebriti Martha Stewart juga turut membuatkan netizen geli hati dengan sebuah artikel yang diterbitkan di websitenya.

Tajuk lain, gambar lain

Dalam artikel bertajuk ‘Here’s Exactly How To Use Jackfruit’ itu, laman web chef berkenaan menggunakan gambar durian sebagai imej untuk menghiasi artikel itu. Ternyata kekeliruan yang timbul membuatkan netizen geli hati dan mempersenda kesilapan itu.

Walaubagaimanapun, sudah terlambat kerana netizen semestinya ‘cekap’ membuat kerja mereka.

Hisap apa ni?

Netizen mempersendakan tindakan penyedia kandungan website berkenaan yang seolah-olah tidak membuat carian Google terlebih dahulu sebelum menerbitkan pos berkenaan.

Malahan ada yang menyindir bertanyakan apa yang ‘dihisap’ oleh chef selebriti itu sehingga mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Gambar nangka sudah dipadamkan

Namun tinjauan terbaru di website marthastewart.com berkenaan mendapati gambar durian tersebut telah dipadamkan selain turut disertakan dengan kenyataan ralat daripada pihak pengendali.

Antara lain artikel berkenaan mencadangkan kepada pembaca nangka boleh menjadi pengganti terbaik bagi daging. Juadah yang dicadangkan antaranya adalah kari citarasa Asia, BBQ stail Mexico dan sos pasta Itali.

Sumber: Twitter, The Star

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×